Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Hormatilah Maruah Ustaz” – Instafamous Seksi Mohon Maaf Undang Fitnah Bergambar Dengan Pendakwah Bebas

Semoga jadikan isu ini sebagai pengajaran, hormati bulan Ramadan juga…

Published

on

Sebagai seorang pendakwah bebas mahupun mereka yang memegang status ustaz, pasti akan menjadi perhatian di mata masyarakat. Sama jugalah dengan golongan selebriti, gerak geri sentiasa diperhatikan. Silap langkah, mesti akan ada kontroversi yang mucul. Di bulan Ramadan yang mulia ini juga, tidak menjamin daripada terpalit dengan sebarang kontroversi. 

Terbaharu, kecoh di Instagram apabila seorang Instafamous didakwa tidak menghormati seorang pendakwah bebas, iaitu Ustaz Amirul Amin Maulana selepas bergambar bersama ustaz tersebut dengan berpakaian seksi. Personaliti media sosial yang dikenali dengan nama Nadira Isaac itu teruk dikecam ramai wargamaya yang mengatakan dia seolah-olah tidak menghormati ustaz. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ⚜️ NADIRA ⚜️ (@nadiraisaac)

Baca juga: [VIDEO] “5 Jam Bagaikan 5 Hari” – Gelagat Anak Shuib Tunggu Waktu Berbuka Buat Netizen Terhibur

Gambar tersebut difahamkan diambil dalam sebuah majlis berbuka puasa serta pelancaran produk oleh usahawan berumur 21 tahun itu. Ramai juga wargamaya yang mempersoalkan kehadiran ustaz dalam majlis tersebut dan menyatakan ianya kurang sesuai. Selain mempersoalkan kehadiran ustaz, ada juga yang menyatakan Instafamous tersebut tidak peka dengan majlis dan masih berpakaian seksi. 

Bagaimanapun, Ustaz Amin tampil menjawab segala dakwaan itu dengan menyatakan dakwah bukan sekadar di masjid dan surau sahaja. Difahamkan tujuan Ustaz Amin dijemput adalah untuk menyampaikan sedikit tazkirah sempena majlis serta memeriahkan suasana majlis. 

“Saya hadir memberi tazkirah dan nasihat iman kepada mereka semua. Semoga menjadi asbab hidayah mendekati golongan seperti ini,” balas Ustaz Amin menjawab dakwaan. 

Sementara itu, Nadira turut memohon maaf kerana gambar tersebut telah mengundang pelbagai fitnah. Bagaimanapun, Nadira menyatakan dia berbangga dengan jawapan balas yang diberikan oleh Ustaz Amin.

Baca juga: “Muka Ketat Pun Comel” – Kongsi Gambar Di Instagram, Ramai Terpegun Kecomelan Anak Fasha Sandha

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement