Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Hattie McDaniel – Pelakon Afrika-Amerika Pertama Memenangi Oscar Kerana Watak Stereotaip

Mungkin datuk dan nenek kita kenal dia ni…

Published

on

Memang tak boleh disangkal lagi bangsa Afrika-Amerika memang berbakat kalau bab lakon layar ni. Ramai pelakon berkulit hitam yang mewarnai dunia lakonan sampaikan kita teringat lakonan-lakonan mereka, contohnya Will Smith, Denzel Washington, Morgan Freeman, Halle Berry dan ramai lagi. Tapi perjuangan mereka untuk diterima secara umum sebagai artis, terutamanya di Amerika, bukanlah sesuatu yang mudah. Bagaimanapun, dengan bakat dan kesungguhan, pelakon berkulit gelap diiktiraf juga dan ini terbukti dengan kemenangan pertama pelakon Afrika-Amerika dalam anugerah Oscar. Anugerah ni kira yang paling berprestij di Hollywood. Malah, Leonardo DiCaprio yang berbakat tu pun sampai sekarang tak menang-menang lagi Oscar.

Siapa Hattie McDaniel?

Hattie McDaniel dilahirkan pada 10 Jun 1895, di Wichita, Kansas. Dia merupakan anak ke-13 dari keluarga bekas penghambaan, Susan Holbert dan juga Henry McDaniel yang merupakan veteran perang saudara. Keluarganya berpindah ke Colorado pada usianya enam tahun, dan di sanalah Hattie McDaniel mengetahui bahawa dia ingin menjadi seorang pelakon. Menurutnya dia tidak boleh menyanyi dan menari, jadi mungkin sebab itu juga dia menyambung cita-citanya untuk menjadi seorang pelakon masa umurnya 15 tahun. Pada waktu itu, McDaniel berhenti sekolah dan pergi menyertai traveling carnival bersama abangnya, Otis.

Image via:https://ew.com/

Semasa mengejar kerjaya lakonannya, McDaniel sanggup membuat kerja sambilan sebagai pembantu rumah dan dobi demi menampung kos kehidupan harian. Kemudian pada tahun 1929, McDaniel menjadi penyanyi utama bersama Melody Hounds George Morrison, sebuah orkestra jazz bergerak yang popular di Denver. Akhirnya secara tak langsung perjalanannya bersama kumpulan orkestra itu membawanya ke Hollywood, di mana buat pertama kalinya McDaniel berlakon dan memegang peranan dalam filem ‘The Impatient Maiden’ pada tahun 1932. Untuk filem lakonan pertamanya itu, namanya tidak dimasukkan ke dalam kredit.

Dua tahun kemudian, dia melihat namanya diletakkan dalam kredit buat pertama kalinya untuk filem Judge Priest, tapi di salah eja. Ini antara kontroversi pertama di dalam kariernya, dan selepas tu antara kontroversi yang dikaitkan dengannya adalah bagaimana dia sering memainkan watak sebagai pembantu rumah sebanyak 74 kali sepanjang kariernya. Dia sering mendapat peranan kecil sepanjang tahun 1930-an, dan seperti kebanyakan pelakon berkulit gelap ketika itu, kesemuanya diberi peranan sebagai pembantu. 

Menang Kerana Watak Stereotaip

Setelah berusaha, Hattie McDaniel berjaya juga memenangi anugerah Oscar melalui watak seorang pembantu rumah (atau lebih tepat, hamba) dalam filem Gone with the Wind. Ia merupakan antara filem yang paling berjaya di Hollywood sehingga ke hari ini. Tetapi ramai yang mengkritik McDaniel kerana wataknya yang stereotaip sebagai pelakon berkulit gelap.

Image via:https://ew.com/

Pada asalnya penerbit filem tersebut, David O. Selznick tidak mempunyai niat untuk meletakkan nama McDaniel di dalam pencalonan anugerah Oscar. Tetapi selepas McDaniel memberitahu yang dia layak untuk dicalonkan kerana telah mendapat tempat dengan pelakon-pelakon dalam filem ‘Gone with the Wind’ dalam pencalonan ‘Academy Award,’ barulah penerbit itu meletakkan namanya dalam kategori pelakon pembantu terbaik. Pada tahun 1940, Hattie McDaniel memenangi Oscar ketika berusia 44 tahun dan menjadi pelakon Afrika-Amerika pertama memenangi anugerah itu.

Diskriminasi Kerana Berkulit Gelap

Walaupun dah menang, langit tak selalu cerah. McDaniel tetap dilayan acuh tak acuh dalam industri perfileman. Semasa majlis penghargaan untuk kesemua pemenang Oscar, McDaniel tidak dibenarkan duduk bersama dengan pelakon-pelakon berkulit putih yang lain, yang berlakon bersamanya di dalam filem ‘Gone with the Wind.’ Diskriminasi ini dilaluinya sehinggakan pengarah untuk filem-filem yang lain sering menawarkannya watak sebagai pembantu rumah. Selepas dia menenangi Oscar, selama dua dekad tak ada pelakon berkulit gelap yang memenanginya lagi.

Lebih teruk, selepas kematiannya pada tahun 1952, trofi Oscar miliknya dilaporkan hilang. Semasa hayatnya, McDaniel menyatakan dia ingin dikebumikan di perkuburan Hollywood. Tapi malangnya selepas dia meninggal, haknya dihalang kerana warna kulitnya.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Dari Seorang Guru Silat Sehingga Menjadi Buruan Di Hollywood!

Rumah-Rumah Warisan Melayu Dan Asal Usulnya

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement