Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Hantar Nota Minta Jiran Tutup WiFi Kerana Isteri Mengandung, Lelaki Ini Terima Nota Balas ‘Ganas’

‘Ganas’ betul balas nota jiran sebab jiran minta tutup WiFi…

Published

on

Memang biasa seorang suami yang risaukan keselamatan isteri yang sedang mengandung sehingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan si isteri selamat. Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Beijing, China yang menghantar nota kepada jirannya untuk mematikan WiFi rumah.

“Hello! Saya jiran kamu dari unit 301 yang tinggal di aras bawah. Isteri saya hamil dan bimbang dengan bahaya radiasi daripada sambungan Internet menerusi jaringan tanpa wayar (WiFi).” tulis lelaki tersebut dalam notanya.

Kerana percaya akan radiasi yang dikeluarkan oleh WiFi boleh mengundang bahaya terhadap isterinya yang sedang hamil serta bayi di dalam kandungan, lelaki tersebut meminta kerjasama daripada jiranya itu untuk mematikan WiFi.

Dengan harapan permintaannya itu dapat ditunaikan, namun jiranya itu tidak menghiraukan permintaannya itu. Sebaliknya jirannya membalas dengan sarkastik dan turut mencadangkan lelaki terbabit supaya berpindah.

“Hi pak cik, saya perlu menghadiri kelas secara dalam talian pada siang hari, manakala bapa saya bekerja sebelah malam. Kami tidak dapat menutup sambungan WiFi di rumah. Jadi, kamu boleh berpindah dari sini, bila-bila masa,” demikian balasan diterima lelaki berkenaan daripada jirannya.

Memang amat mengejutkan nota balas daripada jirannya itu dan dilihat sedikit ‘ganas’ sehingga meminta lelaki terbabit pindah daripada situ. Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas tular di laman sosial dan rata-ratanya terhibur dengan tindakan berani lelaki terbabit serta jawapan balas diterima daripada jirannya.

Dalam pada itu, rasanya semua perlu tahu bahawa tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan adanya kesan negatif WiFi terhadap kesihatan. Menurut seorang profesor biokejuruteraan dari University of Pennsylvania, tahap gelombang radio WiFi adalah di bawah had yang selamat. Jadi, anda juga tidak perlu risau dan janganlah pula minta jiran matikan WiFi mereka. Kasihan anak-anak nak buat online class di rumah. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] Polis Ini Ajar Cara Semak Penjual Atas Talian, Elak Jadi Mangsa Scam Pembelian Online

Lelaki Dijangkiti COVID-19 Berdepan Risiko Masalah Mati Pucuk? Ini Penjelasan Pakar…

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro & Mothership

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement