Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Hadiah Pemberian Bekas Kekasih Dibuka Selepas 47 Tahun Dalam Simpanan

Lamanya simpan. Macam sayang lagi je…

Published

on

Pernah tak anda simpan hadiah pemberian bekas kekasih anda selama bertahun-tahun? Mungkin kalau hadiah tu masih boleh digunakan seperti jam tangan ataupun cermin mata gelap, kita akan simpannya sampailah ia dah tak boleh digunakan lagi. Namun, seorang lelaki dari Toronto, Kanada, ini dikatakan telah menyimpan hadiah pemberian bekas kekasihnya yang masih dibaluti selama 47 tahun!

Apa agaknya punca lelaki ini menyimpan hadiah yang tak pernah dibuka tu. Lelaki yang bernama Adrian Pearce, 62 tahun, dikatakan masih menyimpan hadiah pemberian bekas teman wanita yang meninggalkannya beberapa dekad yang lalu. Adrian juga dikatakan tidak menyimpan hadiah itu di tempat simpanan rahsia atau sebagainya, tetapi meletakkan ia di bawah pokok krismas pada setiap tahun untuk tatapannya.

Selepas Hampir Beberapa Dekad, Hadiah Itu Dibuka Jua

Adrian menyimpan kemas hadiah krismas pemberian bekas teman wanitanya itu sejak dia ditinggalkan pada tahun 1970. Pada tahun 2018, hadiah tersebut akhirnya dibuka selepas mereka dipertemukan semula.

Apa yang terkandung dalam bungkusan hadiah tersebut adalah senaskah buku kecil yang bertajuk ‘Love Is: New Ways To Spot That Certain Feeling’. Memang kena betul tajuk buku dengan sejarah cinta mereka berdua. Bekas teman wanitanya yang bernama Vicki Allen membantu membuka bungkusan hadiah tersebut semasa mereka berdua bertemu semula. 

Menurut Allen, dia amat terkejut apabila mengetahui Adrian masih menyimpan hadiah terakhirnya kepada bekas kekasihnya itu walaupun selepas beberapa dekad lamannya. Allen dikatakan meninggalkan Adrian kerana dia telah bertemu lelaki lain dan dicium semasa sedang membeli hadiah krismas untuk Adrian. Allen kemudian mengucup semula lelaki tersebut dan mengetahui Adrian pasti akan rasa dikhianati. Lalu Allen pun pergi memberi hadiah terakhir itu dan meninggalkan Adrian selepas itu. 

Hadiah Diletakkan Di Bawah Pokok Krismas Pada Setiap Tahun

Adrian mengatakan selepas dia menerima hadiah tersebut, dia pun pulang ke rumah berjalan kaki dengan perasaan sedih dan marah. Pada waktu itu, memang patah hatinya selepas ditinggalkan oleh orang yang dia sayangi. 

Apabila tiba di rumah, Adrian meletakkan hadiah tersebut di bawah pokok krismas dan memberitahu orang tuanya yang dia tidak akan membuka hadiah tersebut sampai bila-bila. Bermula dari situ, ia menjadi tradisi buat Adrian untuk meletakkan hadiah tersebut di bawah pokok krismas pada setiap tahun walaupun selepas sudah berumah tangga dan mempunyai anak.

Ada masa anaknya meminta Adrian untuk membuka bungkusan hadiah tersebut untuk mengetahui apa isi kandungan hadiah itu, namun Adrian tetap enggan membuka bungkusan itu. Sampailah satu tahap isterinya melarangnya untuk meletakkan hadiah tersebut di bawah pokok krismas lagi. Bagaimanapun, Adrian tetap menyimpan hadiah tersebut dan melihatnya pada setiap tahun.

Walaupun hadiah itu disimpan lama oleh Adrian, dia tetap merasakan semua kekecewaannya terhadap Allen sudah hilang. Dia sudah melupakan perasaannya terhadap Allen dan kini bahagia bersama keluarga dan isteri yang dikahwininya lebih 40 tahun. Bagaimanapun, disebabkan pertemuan semula itu, mereka kini menjadi sahabat.

Baca juga artikel menarik lain:

Tertarik Dengan Benda Tidak Bernyawa, Wanita Ini Akhirnya Menjadikan Beg Bimbit Sebagai Suaminya

Ketagih Curi Pakaian Dalam Wanita, Akhirnya Lelaki Ini Ditangkap

Sumber daripada: The Sun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement