Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Habis Doa Hujan Berhenti, Allah Maha Mengetahui” – Nora Danish Berjaya Khatam Al-Quran Lagi

Tahun ini dengan memasang niat yang sama, sekali lagi Nora khatam Al-Quran 8 hari sebelum Syawal tiba. Ini adalah satu bentuk kejayaan buat semua orang Islam di bulan Ramadan. Bukan mudah nak khatam Al-Quran dengan jadual yang padat lebih lagi buat para isteri dan ibu yang perlu menguruskan rumah dan ahli keluarga.

Published

on

Nora Mohd Danish Hanif atau lebih mesra disapa Nora Danish adalah pelakon jelita yang tak jemu dipandang. Wajahnya yang dikatakan ‘baby face‘ nampak kekal awet muda walaupun sudah menjangkau usia 39 tahun. Tahun lalu, kita dapat lihat Nora menangis gembira kerana buat pertama kali dia berjaya khatam Al-Quran di bulan Ramadan.

Tahun ini dengan memasang niat yang sama, sekali lagi Nora khatam Al-Quran 8 hari sebelum Syawal tiba. Ini adalah satu bentuk kejayaan buat semua orang Islam di bulan Ramadan. Bukan mudah nak khatam Al-Quran dengan jadual yang padat lebih lagi buat para isteri dan ibu yang perlu menguruskan rumah dan ahli keluarga.

Baca juga: Air Mata Nora Danish Di Bulan Ramadan…

 

Terbaru, aktress jelita ini berkongsikan videonya sedang mengaji Al-Quran di laman Instagram milik peribadinya. Merdu dan comel je suara Nora mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Di akhir video tersebut, Nora ada memberitahu bahawa dia sudah pun khatam dan dia akan mengulang kembali pembacaan dari mula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Menerusi kapsyen posting tersebut, Nora ada menceritakan bahawa hujan turun sejenak selepas dia habis membaca Al-Quran. Katanya itu adalah hujan rahmat. Dia tidak melepaskan peluang untuk berdoa dan selepas habis berdoa hujan pun berhenti dengan serta-merta. Situasi tersebut begitu menyentuh perasaan Nora. Katanya “Allah Maha Mengetahui” dan dia dengan sungguh-sungguh berharap agar doanya dimakbulkan.

Meninjau ke ruangan komen, suami Nora iaitu Nedim dilihat memberikan kata-kata yang sangat manis buat isteri kesayangannya itu. Nedim meluahkan bahawa dia sangat berbangga dengan Nora dan mengucapkan tahniah di atas pencapaian ini. Manis betul pasangan suami isteri ini.

 

Rata-rata wargamaya turut mengucapkan tahniah buat Nora dan menjadikan dirinya sebagai inspirasi. Kita doakan agar Nora sentiasa istiqomah dalam melakukan ibadah dan kebaikan. Semoga kita semua yang beragama Islam juga mampu untuk khatam Al-Quran pada setiap Ramadan.

Baca juga: “Cantiknya Berhijab” – Wargamaya Terpegun Melihat Kecantikan Nora Danish Mengenakan Hijab

Sumber: Nora Danish

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement