Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Gelaran Datuk Farid Kamil & Boy Iman Ditarik Balik 1 Februari Lalu

Menurut petikan laporan daripada Bernama, Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang membawa gelaran Datuk kepada dua pelakon dan penerbit, Farid Kamil serta Boy Iman antara yang ditarik balik dan dibatalkan.

Published

on

Selalu kita dengar berita mengenai artis atau selebriti diberi Anugerah gelaran Datuk dan jarang kita dengar berita gelaran tersebut ditarik balik. Namun ini yang berlaku kepada Farid Kamil dan juga Boy Iman baru-baru ini.

Menurut petikan laporan daripada Bernama, Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang membawa gelaran Datuk kepada dua pelakon dan penerbit, Farid Kamil serta Boy Iman antara yang ditarik balik dan dibatalkan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Sallehuddin yang juga pendaftar darjah kebesaran negeri berkata perintah tersebut dibuat atas perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan surat penarikan balik pengurniaan darjah kebesaran terhadap mereka berkuat kuasa 1 Feb lalu.

“Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-undang Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang Negeri Pahang.”

Tiada alasan penarikan gelaran itu diberikan, namun difahamkan semua individu terlibat pernah didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan seperti jenayah, menipu dan rasuah.

Pada 18 Ogos 2019, Kerajaan negeri Pahang mengisytiharkan beberapa pembaharuan dalam tatacara penganugerahan pingat dan darjah kebesaran negeri, yang antara lain menyatakan siasatan serta-merta perlu dibuat terhadap penerima darjah kebesaran yang dikaitkan dengan salah laku, ketidakjujuran, kekurangan integriti atau perkara yang mencemarkan nama baik penerima.

 

Baca juga:

“Berlakon, Bukan Sekadar Menghafal Skrip..”- Nad Zainal Ajar Cara Lakonan Mantap

Biar Betul? Malaysia Negara Ketiga Paling Ramai ‘Sugar Daddy’

 

 

 

 

Sumber: Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement