Semasa & Hiburan
Gambar Mesra Dengan Jejaka Mat Salleh, Sakinah Hanya Mahu ‘Attention’?
Apa pun, chill k?
Ramai yang membuat spekulasi bahawa pelakon Sharifah Sakinah sudah bernikah bersama jejaka tampan dari Sweden yang dikenali sebagai Michael Hansen.
Ini kerana gambar yang kelihatan begitu mesra dimuatnaik jejaka tersebut bersama Sakinah baru-baru ini. Gambar di kolam renang tersebut membuatkan orang ramai terutama peminat Sakinah tertanya-tanya sama ada mereka sudah ‘sah’ atau pun tidak. Ada juga beranggapan mereka sudah bernikah, sebab itulah mereka memuat naik gambar sebegitu.
Peminat dikelirukan dengan balasan komen daripada Sakinah sendiri yang berbunyi, “already (beserta emoji berbentuk cincin)”.
Agak kecoh di media sosial apabila kakak Sakinah mengatakan, dia tidak tahu apa-apa sekiranya adiknya itu sudah berkahwin.
Terbaru melalui perkongsian di IG Story, Sakinah seakan memberi bayangan yang komennya tersebut hanyalah gurauan, dan dia hanya mahukan ‘attention’ atau perhatian.
Apa pun, chill k? Jika benar Sakinah berkahwin, kita doakan yang terbaik sahaja buat beliau.
Baca juga:
Bukan Biasa-Biasa, Sehingga RM40k Bayaran Artis & Instafamous Untuk ‘Layan’ VIP
Gambar Dalam Pantang Fazura Viral Hanya Kerana...