Semasa & Hiburan
Gambar Dalam Pantang Fazura Viral Hanya Kerana…
Penampilan Fazura yang drastik!
Awal Oktober lalu kecoh dengan berita gembira pasangan pelakon secocok yang dikenali dengan gelaran Fattzura, selamat menimang cahaya mata pertama.
Terbaru, pelakon Fazura berkongsi gambar ketika ingin membawa bayi mereka untuk berjumpa doktor di hospital.
Apa yang menjadi perbualan ramai adalah gambar terbaru Fazura menerusi akaun Instagram miliknya itu menunjukan Fazura sedang mendukung anak pertamanya serta perubahan penampilannya yang drastik!
Dulu dirinya agak berisi ketika mengandung tapi kini baru saja hampir dua minggu, tubuh badan Fazura sudah kelihatan kembali kurus seperti sebelum.
Rata-rata pengikutnya membanjiri ruangan komen dengan memuji penampilan Fazura yang sentiasa cantik dan kembali kurus dengan cepat.
Malah, ada juga yang mendoakan kesihatan yang sejahtera kedua-dua anak-beranak tersebut.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja artikel berikut:
Fazura Selamat Lahirkan Puteri Sulung
Terharu Dengan Sikap Tanggungjawab Fattah, Fazura Luah Rasa Syukur
Sumber: instagram