Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Filem² Bajet Mahal Yang Menemui Kegagalan

Filem gagal pun ada je yang seronok ditonton…

Published

on

Kalau bercerita tentang filem, semestinya soal bajet tu bukan sebarang-sebarang punya bajet. Kalau tak ratus-ratus ribu atau juta-juta memang tak sah. Bila bajet dah tinggi, nilai pulangan pun diharapkan lebih tinggi daripada bajet yang dikeluarkan. Kalau tidak, tu yang jadi filem floop atau gagal. Filem Avengers: Endgame yang membawa pulangan sebanyak 2.7 bilion USD worldwide pun menelan belanja sebanyak 356 juta USD. Jadi memang sangat common untuk penerbit filem membelanjakan sejumlah bajet yang besar untuk sebuah filem.

Tapi tak semestinya filem-filem bajet besar ni akan menemui kejayaan. Jadi jom tengok filem mana yang menggunakan bajet yang mahal tetapi gagal mendapat sambutan, sekaligus gagal pulang modal. Tapi ni untuk filem Hollywod jelah

John Carter (2012)

Filem John Carter merupakan sebuah filem sci-fi yang diilhamkan daripada novel ‘A Prince of Mars.’ Jadi pada tahun 2012, dengan keyakinan bahawa filem sci-fi yang mempunyai unsur-unsur seperti planet Marikh, Walt Disney Pictures dikatakan telah membelanjakan sebanyak 350 juta USD termasuklah dengan kos pemasarannya. Tapi kutipan seluruh dunia untuk filem ini hanyalah sebanyak 284 juta USD sahaja, iaitu lebih rendah daripada jumlah bajet yang dikeluarkan. Maka filem ini sememangnya gagal.

Evan Almighty (2007)

Kalau ingat lagi sebelum keluarnya filem Evan Almighty, ada filem Bruce Almighty yang boleh dikatakan berjaya membawa jumlah kutipan sebanyak 484 juta USD serata dunia dengan menggunakan bajet sebanyak 81 juta USD sahaja. Pada tahun 2003, konsep filem yang memaparkan unsur ‘keagamaan’ dan komedi ini berjaya menarik sejumlah penonton yang ramai ke panggung wayang. Tapi bukan panggung wayang di Malaysia lah sebab filem ni tidak dibenarkan untuk ditayangkan di negara kita kerana dikatakan terlalu sensitif terhadap penonton beragama Islam.

Versi VCD dan DVD selepas itu dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Bagaimanapun, disebabkan filem Bruce Almighty yang sangat berjaya, maka terhasil juga filem sekuelnya iaitu Evan Almighty dengan harapan dapat mengulangi kejayaan filem sebelumnya. Dengan membelanjakan sebanyak 200 juta USD, filem ini hanya mengutip hasil jualan sebanyak 174 juta USD sahaja. Filem ini juga diharamkan daripada ditayangkan di Malaysia atas sebab yang sama dengan filem sebelumnya.

47 Ronin (2013)

Filem 47 Ronin ni mengisahkan tentang sepasukan samurai yang ingin membalas dendam terhadap kematian master mereka. Filem ini juga merupakan adaptasi daripada kisah benar, tetapi telah diselitkan unsur-unsur fiksyen juga untuk menjadikan filem ini lebih menarik. Bagaimanapun, ia tetap gagal mendapat pulangan yang diharapkan di mana dengan bajet sebanyak 175 juta USD, filem 47 Ronin hanya membawa pulang 151 juta USD sahaja.

Filem ini dikatakan tak sepatutnya gagal kerana kisah yang dibawakan itu sudah cukup untuk menjadikan filem itu sangat best, termasuklah dengan memaparkan pelakon Hollywood terkenal iaitu Keanu Reeves. Menurut pengkiritik filem, kalau tak dimasukkan unsur-unsur mystical dan fiksyen, tentu filem ini lebih berjaya. 

Around The World In 80 Days (2004)

Filem yang memaparkan elemen-elemen sejarah, sains dan juga politik ini sepatutnya mampu menarik minat orang ramai untuk menonton filem ni. Walaupun terdapat bintang terkenal seperti Jackie Chan dan Arnold Schwarzenegger, dan juga kemunculan figura-figura penting dalam sejarah seperti Thomas Edison, Queen Victoria dan Ten Tigers of Canton, ia tetap tak menjanjikan kejayaan kepada filem ini.

Bajet yang dibelanjakan untuk menghasilkan filem ini adalah sebanyak 110 juta USD, tetapi hanya berjaya mengutip sebanyak 72 juta USD sahaja. Filem ni sebenarnya terkenal, tapi terkenal sebab kegagalannya...

Treasure Planet (2002)

Filem ini dikatakan telah dibentangkan untuk pembikinan pada tahun 1989, dan hanya di persetujui oleh Disney untuk dihasilkan pada tahun 2002. Filem ini sebenarnya berjaya mendapat pencalonan sebagai Best Animated Feature di Academy Award. Tapi tak tahu mana silapnya, filem ini sekadar mendapat kutipan sebanyak 110 juta USD sahaja dengan bajet 140 juta.

Sejujurnya, filem ini tak sepatutnya menjadi filem yang gagal, tetapi hasil kutipan box office terlalu kejam untuk filem ni. Sehingga kini, filem ini menjadi filem animasi paling mahal yang dihasilkan menggunakan kaedah lama.

How Do You Know (2010)

Filem yang dikeluarkan pada tahun 2010 ini mungkin menjadi filem yang ramai orang tak tahu, sebab penulis sendiri pun tak pernah dengar pasal filem ni. Tapi filem ni ada ditayangkan di Netflix kalau anda nak tengok. Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Lisa, merupakan seorang pemain softball yang sedang berusaha untuk masuk dalam senarai pasukan antarabangsa. Dalam masa yang sama, Lisa juga sedang bergelut dengan isu cinta antara dua orang jejaka.

Dengan menggunakan formula cinta, sukan dan juga komedi, sekaligus memaparkan nama-nama bintang Hollywood terkenal seperti Reese Witherspoon, Paul Rudd dan Owen Wilson, agak mustahil untuk filem ini menemui kegagalan. Tapi apakan daya, filem ini hanya mendapat kutipan sebanyak 48 juta USD sahaja. Bajet filem ni? 120 juta USD. Hampir tiga kali ganda kerugian yang dialami. Dikatakan jumlah bayaran kepada para pelakon terlalu tinggi, iaitu sebanyak 50 juta USD. Selain itu, kritikan untuk filem ini juga begitu pedas sehingga filem ini menemui kegagalan.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Filem Singapura Yang Diharamkan Lebih 30 Tahun

Dari Seorang Guru Silat Sehingga Menjadi Buruan Di Hollywood!

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement