Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Everest Gunung Paling Tinggi Di Dunia? Kurang Tepat Sebab Ada Yang Lagi Tinggi Daripada Tu!

Baru tahu ada gunung lain dengan ketinggian luar biasa…

Published

on

Ingat lagi masa dekat sekolah bila cikgu tanya gunung apa yang tertinggi di dunia, kita cepat-cepat angkat tangan dan terus jawab gunung Everest. Bila dah besar tiba-tiba terbaca ada gunung yang lagi tinggi dari tu. Jadi, kali ini kita belajar sikit gunung apa yang lagi tinggi dari Everest dan kenapa ia dikatakan tinggi.

Ketinggian Melebihi 10,000 Meter

Mengikut catatan, ketinggian gunung Everest adalah setinggi 8,850 meter di atas paras laut. Tapi terdapat satu gunung di Haiwai yang mempunyai ketinggian melebihi 10,000 meter! Ok bertenang dulu jangan buat terkejut sangat. Macam peliklah kenapa gunung yang lagi tinggi dari Everest tidak pernah diiystiharkan sebagai gunung tertinggi. Sepatutnya dari pandangan mata kasar dah boleh nampak mana satu yang lagi tinggi.

Gunung yang bernama Mauna Kea ni sebenarnya kalau diukur pada ketinggian atas paras laut cuma 4,205 meter je. Tetapi sebenarnya gunung ni mempunyai kedalaman tapak sejauh 13,796 meter. Kalau gunung ini diangkat dan diletakkan di atas paras laut, sudah semestinya Mauna Kea menjadi gunung yang tertinggi di dunia.

Secara logiknya pendakian akan bermula dari tapak gunung sehingga ke puncak. Kalau kita kata gunung Mauna Kea yang paling tinggi, maknya kita baru mendaki setinggi 4,205 meter sahaja. Sedangkan gunung Everest memerlukan pendakian setinggi 8,850 meter. Bagaimanapun, gunung Everest tetap memegang title gunung paling tinggi kerana mempunyai ketinggian atas paras laut paling tinggi. Jadi boleh dikatakan gunung Everest menang dari segi teknikal.

Gunung Paling Hampir Dengan Angkasa

Terdapat juga satu gunung yang paling hampir dengan angkasa walaupun ia tak setinggi Everest. Dikenali dengan nama Chimborazo yang terletak di Ecuador, gunung ini mempunyai ketinggian 6,263 meter di atas paras laut. Bagaimanapun, Chimborazo sebenarnya merupakan gunung tertinggi di atas pusat bumi. Hal ini kerana bumi bukanlah berbentuk sfera sepenuhnya, tetapi sedikit bujur seperti telur. Atau dalam bahasa saintifiknya disebut oblate spheroid.

Disebabkan bentuk ini, kawasan bumi dilihat melebar di bahagian garisan khatulistiwa. Chimborazo pula berada satu darjah di selatan garisan khatulistiwa pada ketinggian 6,384 meter di atas pusat bumi. Gunung Everest pula jika diukur dari pusat bumi hanya mencapai ketinggian 6,382 meter, 2 meter lagi rendah dari Chimborazo. Jadi gunung ni antara yang paling dekat dengan angkasa. Bagaimanapun, gunung Everest tetap menjadi gunung tertinggi yang mencabar sekiranya anda ingin melakukan ekspedisi pendakian gunung.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Ini 5 Letusan Gunung Berapi Paling Seram Dalam Sejarah

5 Bandar Tidak Lagi Berpenghuni…

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement