Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Drama Korea Sangat” – Maryam Cuba Tiru Gaya Mawar Rashid Dan Suami, Sampai Tergolek Dibuatnya

Maryam cuba tiru gaya menari Mawar Rashid, kesian Ryzal sampai terjatuh. Nasib baik tak jadi apa-apa…

Published

on

Rasanya ramai juga peminat drama Korea dekat Malaysia ni sampai kadang-kadang tu hingga ke pagi melayan drama Korea. Kalau sebelum ni kita mungkin kena pergi ke Korea untuk melihat gelagat dan budaya mereka, namun sekarang kita sudah ada orang Korea sendiri yang datang ke sini. Mungkin ramai yang dah kenal dengan influencer dari Korea ini yang berkahwin dengan Nik Muhammad Ryzal pada tahun 2019. Dikenali dengan nama Maryam You Narae, banyak video gelagat-gelagatnya yang dikongsikan mencuit hati wargamaya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Terbaharu, video dikongsikan Mawar Rashid ini yang memaparkan gelagatnya bersama suami dan juga Maryam bersama Ryzal mendapat lebih seratus ribu like di Instagram. Dalam video tersebut, Mawar dan juga suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, menunjukkan kebolehan mereka menari bersama. Sementara itu, Maryam yang melihat aksi tarian mereka berasa teruja dan terus mengajak Ryzal untuk tiru tarian mereka.

Malangnya, tarian Maryam dan Ryzal tidak menjadi sehingga terjatuh Ryzal dibuatnya dari dakapan Maryam. Memang lucu perkongsian video tersebut yang turut mendapat lebih seribu komen daripada wargamaya. 

Jangan tengok banyak kali, kesian saya sakit belakang,” ujar Ryzal dalam ruangan komen.

Sementara itu, suami Mawar yang mesra dipanggil Raf Yaakob turut berseloroh di ruangan komen dengan menyatakan dia dapat merasakan jantung Ryzal berdegup kencang selepas terjatuh. Wargamaya yang lain pula terhibur melihat gelagat mereka sehingga ada yang menontonnya berulang kali. Ibarat melihat drama Korea kata mereka.

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] Persembahan Zamani Dan Zynakal Memukau, Ramai Tak Tahu Tu Pak Cik Dan Anak Buah

“Mengandung Ke Tu?” – Siti Sarah Kongsi Pengalaman Susah Senang Hidup, ‘Baby Bump’ Jadi Perhatian

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement