Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Diva AA 2020!” – Ramai Teruja Azwan Ali Buat ‘Comeback’ Mengacara

Penampilannya malam semalam tampak berbeza dari kebiasaan.

Published

on

Selebriti kontroversi, Azwan Ali atau kini lebih mesra dikenali nama samaran Diva AA membuat kemunculan semula di kaca televisyen. Jika sebelum ini ramai mengetahui, apa sahaja tidak kena pada matanya pasti akan menjadi carutan dan dikomen dengan menggunakan perkataan yang tidak sedap didengar disertai penampilan unik watak Diva yang seakan dekat dengan dirinya. Namun, penampilan terbaru beliau menjadikan orang lain lupa tentang siapa Azwan Ali yang dulu.

Beliau sungguh tampak berbeza dari kebiasaan ketika mengacara dalam rancangan Lagu Cinta Kita Musim 2 yang bersiaran langsung di TV3 digandingkan bersama dengan pelakon serta pengacara, Elly Mazlein.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Penampilan yang ditonjolkan lebih kemas, kacak dan gentleman serta cara yang profesional mengendali sesebuah rancangan membuatkan ramai netizen memuji dirinya.

Malah, aura Azwan malam semalam mampu membuatkan penonton rasa terimbau kembali zaman kegemilangan pengacaraannya dan ramai mengakui suka melihat gaya yang dibawa.

Apa pun, moga terus sukses ya Azwan Ali!

 

 

 

Untuk bacaan lebih , klik saja artikel berikut:

COVID-19: Azwan Ali didenda RM17,000 hina petugas hospital

Diperlekeh Azwan Ali, Naim Daniel Tenang Jawab Cacian Dengan Penuh Matang

 

 

Sumber: tv3malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement