Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Disebabkan Dendam Kerana Didera Ibu Bapa, Lelaki Ini Menjadi Pembunuh Bersiri!

Seramnya…

Published

on

Ini yang bahaya bila seorang yang berdendam akhirnya melakukan satu perkara yang di luar jangkaan seperti pembunuhan bersiri. Kisah tentang pembunuhan kejam yang dilakukan oleh Robert Maudsley ni pernah menggemparkan satu dunia suatu ketika dahulu. Mungkin ada di antara anda yang pernah dengar tentang kisah pembunuh bersiri ini. Apa yang membuatkan kisahnya tersebar luas adalah tindakannya yang bukan sahaja membunuh mangsa-mangsanya, tetapi ada juga kes dia memakan otak mangsanya. Memang ngeri!

Didera Ibu Bapa Dan Berdendam Punca Menjadi Pembunuh

Robert Maudsley dilahirkan pada 26 Jun 1953 di Toxteth, Liverpool. Dia lahir sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi. Dikatakan keluarganya agak besar, di mana dia mempunyai seramai 12 adik beradik. Sejak kecil, dia sering menjadi mangsa dera kedua ibu bapanya. Jadi disebabkan itu, dia mengatakan deraan yang diterimanya pada waktu kecil membuatkan dia bertukar menjadi pembunuh.

Melalui fasa remajanya, Robert mengalami masalah tekanan emosi yang tak stabil. Disebabkan itu juga, beberapa kali dia cuba untuk menamatkan riwayatnya sendiri dan mula mengambil dadah. Tetapi cubaan untuk bunuh diri selalu menemui kegagalan. 

Sebenarnya, Robert pernah cuba untuk mengubah haluan hidupnya dengan menjadi normal dan bebas daripada sebarang masalah, namun tetap menemui jalan buntu. Pada usianya 16 tahun, Robert berhijrah ke Kota London seorang diri dan bekerja sebagai rent Boy atau disebut sebagai pelacur kepada lelaki lain. Dari kegiatan haram itu lah dia mendapatkan wang untuk membeli dadah. 

Mangsa Pembunuhan Pertama…

Mangsa pertamanya, iaitu John Farell berlaku pada tahun 1974. John merupakan ‘pelanggan’ Robert pada waktu itu. Selepas memuaskan nafsunya dengan Robert, John menunjukkan gambar kanak-kanak yang didera secara seksual. Rupanya John memiliki tabiat serta nafsu songsang yang gila dan dia kelihatan seronok menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada Robert.

Disebabkan Robert mempunyai sejarah pahit yang didera secara fizikal semasa zaman kanak-kanaknya, dia kemudian bertindak membunuh John dengan kejam. Kemarahan Robert mengakibatkan John dipukul dan dijerut di leher sehingga mukanya bertukar biru dan kemudian mati. Gelaran The Blue diberikan kepada Robert kerana membuat wajah mangsanya bertukar biru akibat dijerut dengan kuat.

Selepas insiden pembunuhan itu, Robert dihantar ke sebuah Hospital Broadmoor, England. Hospital tersebut menempatkan orang yang kurang siuman, dan Robert dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Bunuh Dan Makan Otak Mangsanya…

Ketika Robert masih dalam rawatan pada tahun 1977, dia dikatakan berpakat dengan seorang banduan yang dikenali dengan nama John Cheeseman. Mereka berpakat untuk membunuh seorang banduan yang bernama David Francis, yang dipercayai sebagai seorang pedofil tegar. Robert dan John dikatakan mengunci David di dalam sebuah bilik dan menyeksanya selama sembilan jam. David kemudian ditemui mati dalam keadaan ngeri di mana kepala David seperti sudah di pecahkan. Selain itu, satu sudu turut dijumpai terletak dalam tempurung kepalanya.

Menurut laporan, bahagian otak David kelihatan aneh seolah-olah sebahagiannya sudah dimakan. Menerusi hasil siasatan, John mengatakan Robert telah memakan otak David selepas dia membunuhnya. Disebabkan itu, Robert turut dikenali sebagai Hannibal The Canibal dan The Brain Eater.

Terus Melakukan Pembunuhannya Dalam Penjara…

Selepas insiden pembunuhan David, Robert dihantar ke penjara Wakefield yang tidak disukainya. Permohonannya untuk kembali ke hospital turut ditolak. Semasa di Wakefield, Robert diawasi dengan begitu ketat untuk mengelakkan tragedi seterusnya berlaku. Memang reputasinya daripada pembunuhan David menjadi ketakutan termasuk banduan di situ.

Pada tahun 1978, Robert bertindak menyerang dan membunuh dua banduan pada hari yang sama. Mangsa pertamanya, Salney Darwood dikatakan mati ditikam oleh Robert. Ada juga yang katakan dia mati selepas dikelar lehernya. Mayat Salney kemudian disorok di bawah katilnya sendiri. 

Mangsa kedua Robert pada hari yang sama juga adalah William Roberts. Tetapi apa yang pelik, selepas melakukan pembunuhan, Robert menyerahkan pisau yang digunakannya untuk membunuh kepada pihak berkuasa. William yang mati ditikam oleh Robert merupakan seorang penjenayah pedofil yang aktif sebelum dia dijatuhkan hukuman. 

Diasingkan Daripada Banduan-Banduan lain…

Selepas peristiwa pembunuhannya yang gila itu, pihak berkuasa bertindak mengasingkan Robert daripada banduan-banduan lain. Dia diletakkan dalam sebuah bilik persendirian. Pihak berkuasa turut membina sel kalis peluru khas di ruang bawah tanah penjara Wakefield. Menurut laporan, Robert telah tinggal dalam bilik khas itu selama 41 tahun dan merupakan banduan paling lama ditahan di penjara itu. 

Kata Robert, jika ibu bapanya mati dibunuhnya dahulu tentu tidak akan ada tragedi pembunuhan kejam yang dilakukannya. Robert menyalahkan kes deraan yang dilakukan ibu bapanya terhadapnya semasa kecil sebagai punca utama. Inilah akibat kekurangan kasih sayang, didera serta menyimpan dendam sejak dari kecil.

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: OH Bulan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement