Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Digelar Hanis Zalikha Versi Kulit Gelap, Gadis TikTok Tampil Luahkan Rasa Kecewa

Dia sering menerima komen yang menyatakan rupa parasnya seakan Hanis Zalikha yang pada mulanya dia mengambil ia sebagai satu pujian tetapi lama kelamaan semakin ramai pula warganet yang memberi komen ‘tambahan’.

Published

on

Hanis Zalikha merupakan salah seorang selebriti yang digemari ramai lebih lagi dengan cara dia uruskan anak-anaknya. Ramai juga antara ibu muda jadikan Hanis Zalikha sebagai role model buat mereka. Berbalik kepada kisah gadis yang sering dikatakan wajahnya seakan Hanis Zalikha, namun apa yang kurang senang didengari ialah dia dikatakan seperti Hanis Zalikha versi hitam dan gemuk.

Tidak dinafikan ada seglintir warganet tidak menjaga sensitiviti dan adab berkomunikasi dengan pengguna lain di media sosial namun perkara ini sudah dianggap biasa oleh sesetengah warganet kerana mereka dapat berselindung disebalik akaun media sosial yang mungkin bukan nama sebenar mereka.

Gadis bernama Nur Fatihah Kamal menjelaskan dia sering menerima komen yang menyatakan rupa parasnya seakan Hanis Zalikha yang pada mulanya dia mengambil ia sebagai satu pujian tetapi lama kelamaan semakin ramai pula warganet yang memberi komen ‘tambahan’.

@tiyakamalReply to @candygurl211 thank u 🥲##fyp ##fypシ ##tiktokmalaysia ##foryourpage

♬ original sound – Tiyakamal

Menerusi satu video TikTok perkongsian Fatihah, dia telah akui bahawa kadang kala dia tersinggung apabila ramai warganet sudah mula mengkritik rupa parasnya. Walaupun dia gembira dikatakan wajahnya seperti seorang selebriti namun selepas dilabel gemuk dan gelap, dia tidak pasti pujian itu masih wajar atau tidak.

Tambah Fatihah, dia turut jelaskan bahawa dia sebenarnya sudah lama mempunyai isu berat badan iaitu sejak berumur 17 tahun dan masih cuba untuk memperbaiki dirinya. Bagaimanapun, apabila warganet sering memberi komen tentang bentuk badan dan dia kerap menerima komen menyatakan dirinya kelihatan gemuk, ia telah menjejaskan keyakinan Fatihah.

Fatihah kemudiannya berkongsi walaupun beratnya sudah turun hampir 20 kg, tetapi masih ramai menyatakan dirinya masih gemuk. Fatihah jelaskan dia dan Hanis Zalikha adalah dua insan yang berbeza dan dia tidak akan mampu menjadi seperti Hanis Zalikha.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Alisa tunjuk hidung and kata sakit sakit!” Hanis Zalikha Jumpa Putik Bunga Dalam Hidung Anak

Baru Usia Setahun, Ramai Gilakan Rambut Anak Hanis Zalikha

 

Sumber: TikTok Fatihah Kamal

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement