Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Diadakan 3 Hari Berturut-Turut, 30 Buah Lagu Dipertaruhkan Dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 35!

Tak sabar nak tengok!

Published

on

Penantian yang ditunggu-tunggu karyawan seni tanah air dan juga peminat-peminat kini menghampiri titik noktah apabila satu kitaran keramat berakhir malam semalam dengan menyaksikan 30 buah lagu telah disenarai pendek ke Muzik Muzik 35 Separuh Akhir.

Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, Muzik Muzik 35 Separuh Akhir akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu bermula pada hari Jumaat hingga Ahad 20, 21 dan 22 November 2020. Jadi anda boleh kosongkan jadual anda pada tarikh tersebut untuk menyaksikan lagu mana yang akan layak ke peringkat akhir. Pasti persembahan memukau bakal disajikan buat peminat-peminat muzik tanah air.

Seperti semua sedia maklum, tahun 2020 ni memang banyak perkara yang akan dilakukan lain daripada lain bagi mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Buat Muzik Muzik 35 Separuh Akhir (SFMM35) pula, ia akan bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain.

30 buah lagu yang telah layak ke SFMM35 ini adalah:

Jumaat, 20 November 2020

Sabtu, 21 November 2020

Ahad, 22 November 2020

SFMM35 akan diihoskan oleh Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, dan bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Jangan lepaskan peluang menontonnya, hanya di TV3.

Jadi, lagu manakah pilihan anda? Gunakan tanda pagar #sfmm35 di laman media sosial anda sebagai sokongan lagu kegemaran anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my dan laman media sosial rasmi Facebook, Twitter dan Instagram @TV3Malaysia serta Instagram @senangterhibur.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement