Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Desperado, IG Anak Bawah Umur Review Macam Ni..”- Netizen Kecam IG Review Anak Che Ta ‘Kotor’

Ada juga yang membandingkan Aaisyah dengan anak Awal Ashaari dan Scha iaitu Lara kerana tidak mengandungi iklan ‘terlampau’ seperti ini. 

Published

on

Zaman sekarang ni, asalkan anda ada jumlah followers yang tinggi, anda sudah dikira sebagai salah seorang daripada influencer. Perkara ini mudah untuk mereka yang bergelar artis atau ada hubungan dengan artis bernama besar. Rata-rata ahli keluarga juga seakan menjadi ‘famous’ sekali.

Ramai juga mereka yang bergelar influencer mencari duit dengan cara review barangan atau produk. Mereka akan dibayar dengan jumlah tertentu dengan hanya memuatnaik gambar produk atau video berkaitan produk tersebut. Semakin popular atau tinggi jumlah followers anda, semakin mahal harga bayaran untuk review tersebut.

Sesetengah artis atau influencer begitu menjaga produk yang ingin di review demi reputasi mereka. Namun tidak semua. Terbaru, IG review yang dilakukan oleh akaun Instagram anak Che Ta, Aaishah Dhia Rana agak mengejutkan ramai.

Warganet yang juga peminat atau pengikut Aaisyah merasakan produk membesarkan payudara yang direview melalui akaun Aaisyah agak melampau kerana usia Aaisyah yang masih kecil.

Ada juga yang membandingkan Aaisyah dengan anak Awal Ashaari dan Scha iaitu Lara kerana tidak mengandungi iklan ‘terlampau’ seperti ini.

Mungkin risau kerana ramai pengikut Aaisyah adalah kanak-kanak dan masih di bawah umur, ramai memberikan komen agar Che Ta lebih berhati-hati dalam memilih produk untuk direview anaknya.

Biasalah, kadang-kala sesetengah influencer mempunyai individu lain yang diupah untuk menguruskan hal IG review. Jadi, ada kemungkinan posting kali ini tidak disedari oleh Che Ta sendiri kan.

 

 

Baca juga:

“ Sorry Semua Cannot Touch Shariq..”- Emma Maembong Tidak Benar Anaknya Disentuh

Beli Air Liur Pesakit COVID-19 RM280 Untuk Bunuh Majikan!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement