Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Dafi Didakwa Guna “Tiket” Anak Menteri Untuk Langgar SOP, Ismail Sabri Tegaskan “Tiada Siapa Terkecuali Termasuk Anak Sendiri”

Dakwaan ini disangkal oleh Dafi dan diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ismail Sabri.

Published

on

Penyanyi, Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi adalah antara artis yang turut terkena tempias apabila program “All Together Now” didakwa gagal mematuhi SOP sehingga program berkenaan terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Dafi merupakan antara 50 juri yang terlibat dengan program realiti nyanyian itu.

Hanya kerana dia terlibat dengan program berkenaan dan mempromosikan program itu di akaun Instagramnya, Dafi yang merupakan anak kepada Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikecam hebat oleh wargamaya. Dia didakwa menggunakan “tiket” anak menteri sebagai alasan melanggar SOP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Baca juga: “Boleh Tak Tidur 1 Malam?” – Call Hospital Hanya Untuk Tidur, Caprice Akui Terlalu Penat

Namun, dakwaan ini disangkal oleh Dafi dan diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ismail Sabri. Pada Rabu, Malaysiakini bertanyakan sendiri isu ini kepada Ismail Sabri. Tegasnya kepada pihak media, “Tiada sesiapa pun yang kebal daripada undang-undang. Sesiapa yang melanggar SOP pasti akan dikenakan tindakan termasuklah anak saya sendiri”.

Jelas mesej yang ingin disampaikan oleh Ismail Sabri, tindakan susulan terus dilakukan di mana Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) langsung mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat program realiti berkenaan bagi melihat sendiri sama ada terdapat pelanggaran SOP semasa proses rakaman berlangsung.

Namun, hasil siasatan mendapati bahawa tiada pelanggaran SOP dilakukan kerana program berkenaan dibuat dan dirakamkan sebelum pelaksanaan PKP 3.0 lagi dan ia sudah mendapat kelulusan serta kebenaran untuk rakaman daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Walaupun begitu, program ini masih dihentikan seketika kerana ianya dilihat tidak sesuai ditayangkan ketika keadaan negara masih “sakit”. Waktu-waktu begini semua pihak perlu lebih menjaga sensitiviti sesama sendiri. Ada sesetengah perkara dan isu yang tular bukan kerana mereka melakukan kesalahan dari segi undang-undang tetapi lebih kepada tidak menjaga sensitiviti dalam situasi sekarang.

Dafi yang dihubungi mStar, turut bersetuju dengan kenyataan ayahnya. Kata Dafi, dia adalah rakyat Malaysia dan jika dia didapati bersalah dia patut dikenakan tindakan. Dafi sekeras-kerasnya menafikan dakwaan bahawa dia menggunakan “tiket” anak menteri untuk lepas dari segala tindakan. “Yang berjasa untuk negara itu ayah saya, saya bukan sesiapa. Jadi tiada sebab untuk saya dapat layanan istimewa”, ujar Dafi.

Sebagai insan yang tidak mengetahui pokok pangkal sesuatu janganlah kita sewenang-wenangnya menggunakan suara kita untuk menghentam sesiapa sahaja. Apa pun kita doakan agar isu ini segera diselesaikan agar tiada lagi salah faham antara pelbagai pihak.

Baca juga: Kecewa Difitnah Mempunyai “Cable” Untuk Terima Vaksin, Nabila Huda Perjelaskan Isu Sebenar

Sumber: DafiMalaysiakinimStar

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement