Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Cinta Hingga Hujung Nyawa” – Iklan Raya Rupanya Inspirasi Dari Kisah Benar, Tambah Sebak Penonton

Mungkin inilah iklan raya paling sedih tahun ini…

Published

on

Iklan sempena Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya memang akan ada yang sedih, sampai mengundang air mata penonton. Namun kisah-kisah yang dipaparkan itu pula biasanya adalah rekaan semata-mata. Bagaimanapun, tahun ini satu iklan raya telah dihasilkan yang mengambil inspirasi daripada kisah sebenar. Tengok iklan pun dah mengalir air mata, inikan pula dapat tahu ia dari kisah sebenar.

Menerusi perkongsian di Twitter, iklan tersebut dikatakan diambil dari kisah Mak Cik Saadiah Abdullah yang hampir 40 tahun berbasikal ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Gerik untuk menghantar kuih. Dikatakan dia berbuat demikian sejak suaminya dibunuh komunis pada tahun 1975, dan kuih yang dibawanya itu adalah untuk anggota polis yang bertugas.ย 

Baca juga:ย Wanita Ditembak Mati Gara-Gara Tolak Ajakan Untuk Bernikah!

Kisah tersebut pernah disiarkan akhbar Berita Harian pada tahun 2012, dan kini ksiahnya diceritakan semula untuk tontonan ramai sempena hari raya ini. Suaminya, Allahyarham Alias Bin Daud merupakan seorang botman, namun dibunuh kejam oleh komunis ketika bertugas menghantar makanan kepada polis hutan. Disebabkan kasih yang tidak pernah luntur, Mak Cik Saadiah tetap dengan rutin hariannya menghantar makanan ke tempat kerja suaminya itu walaupun setelah kehilangan suaminya.

Mungkin inilah iklan raya paling sedih tahun ini. Dalam pada itu, ramai juga yang baru tahu iklan tersebut diilhamkan daripada kisah benar. Maka semakin deraslah air mata berguguran mengenangkan keperitan yang dilalui oleh Mak Cik Saadiah itu. Anda dah tengok iklan ni?

Baca juga:ย “Masjid Agong Yang Diruntuh Penjajah” – Jejak Rasul Dedah Kota A Famosa Di Bina Atas Masjid Agung Melaka

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement