Semasa & Hiburan
“Berlakon, Bukan Sekadar Menghafal Skrip,” – Nad Zainal Ajar Cara Lakonan Mantap
Menurutnya, bukan sekadar menghafal tapi memahami, hormat rakan lakon dan dengar butir dialog dengan teliti. Dari situlah lahir emosi.
Menjadi perbualan hangat dalam media sosial isu penceritaan konflik rumah tangga dalam drama Takdir Yang Tertulis menerusi slot Samarinda TV3 yang bermula 21 Januari lalu.
Ini semua kerana hasil lakonan daripada barisan pelakon yang hebat dan berbakat dalam mendalami satu perasaan watak yang diberi.
Berikutan itu, salah seorang pelakon dalam drama tersebut, Nad Zainal berkongsi tip dari guru lakonannya untuk menjadi pelakon yang baik supaya dapat membawa watak lakonan dengan jayanya.
Menurutnya, bukan sekadar menghafal tapi memahami, hormat rakan lakon dan dengar butir dialog dengan teliti. Dari situlah lahir emosi.
Malah, dia turut kongsikan barisan pelakon antarabangsa yang lakonan tampak hebat di mata penonton. Antaranya, Denzel Washington, Christoph Waltz dan ramai lagi.
Dalam pada masa yang sama, dia turut kongsikan salah satu movie Hollywood yang mampu membuat dirinya kagum terhadap barisan pelakon dalam movie tersebut.
View this post on Instagram
Semoga kerjaya Nad Zainal dalam bidang lakonan diterima ramai dan moga perkongsian ni dapat memberi manfaat buat anda yang baru ingin mencebur diri dalam dunia lakonan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Patutlah Nampak Tinggi” – Andi Bernadee Kantoikan Diri Sendiri Nampak Tinggi Dalam Drama
Sumber: instagram