Connect with us

Semasa & Hiburan

“Betul Ke 71 Tahun Ni?” – Baba Kepada Anne Ngasri Tampak Lebih Muda Dari Usianya

Anne Ngasri baru-baru ini memuatnaik satu foto di laman Instagram miliknya. Bila dilihat sekali lalu nampak macam Anne bergambar bersama seorang pemuda tetapi apabila diteliti rupa-rupanya itulah babanya iaitu Ngasri Sain.

Published

on

Hari lahir sememangnya dianggap sebagai hari yang istimewa buat semua. Ia adalah petanda bahawa seseorang itu meningkat setahun dalam usianya maka hari lahir dianggap penting. Sambutan hari ulangtahun kelahiran selalunya disambut oleh keluarga dan rakan terdekat sebagai tanda penghargaan buat seseorang.

Anne Ngasri baru-baru ini memuatnaik satu foto di laman Instagram miliknya. Bila dilihat sekali lalu nampak macam Anne bergambar bersama seorang pemuda tetapi apabila diteliti rupa-rupanya itulah babanya iaitu Ngasri Sain.

Baca juga:Β “Bo**h Dan Memalukan..” – Ketawa Gembira Ahli Keluarga Positif Covid-19, Chef Wan Tempelak Gadis Ini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official)

Menerusi perkongsian tersebut, Anne menulis di ruangan kapsyen ucapan hari lahir danΒ  tanda penghargaan kepada babanya yang selalu memberi inspirasi dan mengajarnya pelbagai ilmu kehidupan. Anne juga turut mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan perlindungan buat babanya.

Apa yang menarik, hari kelahiran Ngasri Sain mencecah 71 pada tahun ini. Namun dia lansung tak nampak macam seseorang yang sudah berumur. Meninjau ke ruangan balas, rata-rata wargamaya mengatakan bahawa “Uncle Ngasri” nampak lebih muda daripada apa yang mereka lihat. Dia masih kelihatan sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Menurut Anne, tarikh hari lahir baba dan suaminya sangat dekat iaitu selang satu hari. Sebelum ini, Anne turut memuatnaik gambar meraikan hari lahir suaminya, Apa pun kita doakan agar baba dan suami Anne dipanjangkan usia.

Baca juga:Β Akui Suka Lihat Gandingan Farid Dan Mimi Lana, Diana Danielle Dipuji Isteri Yang “Supportive”
Sumber:Β Anne Ngasri

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement