Connect with us

Semasa & Hiburan

“Berita Pasal Palestin Takkan Nak Senyum..” – Disuruh Senyum Ketika Baca Berita Asrul Nizam Bidas Kritikan

Terbaru, pembaca berita, Asrul Nizam Kadir berkongsi di laman Instagram milik peribadinya tentang isu di mana segelintir rakyat Malaysia memberikan kritikan terhadap mimik mukanya semasa sedang bersiaran secara langsung di kaca televisyen. Asrul diminta untuk senyum dan tidak terlalu serious semasa membaca berita.

Published

on

Tugas seorang pembaca pemberita bukanlah semudah yang disangka ramai. Banyak kemahiran yang perlu dipelajari terutama dari segi penghayatan sesuatu berita yang turut melibatkan intonasi dan mimik muka semasa menyampaikan berita secara langsung di kaca televisyen. Tugas pembaca berita adalah untuk memastikan informasi yang diberikan sampai terus kepada rakyat oleh itu, perkara seperti ini sangat dititik beratkan.

Baca juga: Akaun Digodam, Diva AA Percaya Pengikut Neelofa Adalah Dalang Selepas Video “Perutusan Khasnya” Tular

Terbaru, pembaca berita, Asrul Nizam Kadir berkongsi di laman Instagram milik peribadinya tentang isu di mana segelintir rakyat Malaysia memberikan kritikan terhadap mimik mukanya semasa sedang bersiaran secara langsung di kaca televisyen. Asrul diminta untuk senyum dan tidak terlalu serious semasa membaca berita.

Asrul menerusi postingnya membidas komen-komen tersebut dan menjelaskan bahawa berita yang disampaikan adalah berita tentang Palestine. Ianya adalah berita dunia yang melibatkan konflik kemanusiaan di mana ibu bapa kehilangan anak-anak selepas dibedil Israel. Ianya memang satu berita yang serious. Respons dan mimik muka yang ditunjukkan mestilah sesuai dengan berita yang disampaikan. “Takkan nak senyum..” itu kata pembaca berita ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AK (@asrulnizamkadir)

Meninjau ke ruangan balas, ramai yang  bersetuju dengan kata-kata pemberita ini. Ada yang berkata bahawa perkerjaan ini memerlukan sikap yang professional, takkanlah nak senyum-senyum ketika membacakan berita sedih kan? Tak kena tu.

Tidak dinafikan setiap pekerjaan itu memang ada kesukarannya dan pasti ada saja kritikan dilemparkan. Namun, ambillah itu sebagai satu dorongan untuk lebih maju kehadapan. Apa pun kita doakan semoga Asrul terus sukses dalam kerjayanya. Kami rakyat Malaysia berterima kasih kepada anda kerana telah menyampaikan berita dengan telus.

Baca juga: “Jaga Adab..” –  Caprice Akan Live Bersama Pelakon Israel, Minta Rakyat Malaysia Tidak Guna Ayat Kasar

Sumber: Asrul Nizam Kadir

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement