Semasa & Hiburan
Awal Ashaari Beritahu Kenapa Tak Pakai Mask Ketika Di Majlis Nikah Neelofa
Dalam pada masa yang sama, Neelofa memberi komen pada posting tersebut dengan mengucapkan terima kasih kepada pasangan tersebut serta meletakkan emoji gelak dan love tanda dirinya sentiasa menyayangi sahabatnya itu.
Kecoh di media sosial tentang majlis pernikahan usahawan terkenal, Neelofa dan Haris Ismail dikatakan gagal mematuhi standard operating procedure (SOP) majlis yang ditetapkan iaitu pemakaian pelitup muka dan penjarakkan ketika negara masih bertarung dengan wabak berbahaya, COVID-19.
Apa yang menjadi perhatian kami apabila pengacara hebat, Awal Ashaari tampil memuat naik satu posting foto dia dan isterinya, Scha Alyahya bersama pasangan sejoli di atas pelamin tanpa memakai pelitup muka.
View this post on Instagram
Dalam posting tersebut Awal menerangkan pada bahagian kapsyen kenapa mereka tidak memakai pelitup muka apabila berada di majlis gilang-gemilang tersebut sebelum ada pihak yang cuba menyiasat mereka.
Menurutnya, sepanjang masa mereka memakai face mask cuma mereka hanya menanggalkan topeng muka ketika ingin makan dan bergambar bersama pengantin di atas pelamin saja.
Dalam pada masa yang sama, Neelofa memberi komen pada posting tersebut dengan mengucapkan terima kasih kepada pasangan tersebut serta meletakkan emoji gelak dan love tanda dirinya sentiasa menyayangi sahabatnya itu.
Malah, pengikut Awal juga memberi emoji gelak sakan kerana terhibur dengan penjelasan pengacara Melodi itu.
Apa pun yang terjadi, kami doakan hubungan Neelofa dan Haris kekal sehingga akhir hayat.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Tak Sampai Sebulan, IG Anak Kedua Awal Ashaari Cecah 100k Pengikut!
Manisnya! Lyla Amina Pilihan Scha Alyahya Dan Awal Ashaari
Sumber: instagram