Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Artis Buat Nampak OK Je, Itu Salah..”- Neelofa Ditegur Bergambar Diapit Abang Ipar

Neelofa tidak terkecuali daripada berkongsi gambar-gambar gembira bersama keluarga di majlis perkahwinan tersebut, namun salah satu daripadanya mengundang rasa kurang senang peminatnya.

Published

on

Perkabaran gembira mengenai pernikahan kakak kepada selebriti terkenal Neelofa mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Walau ada yang mungkin agak terkejut, namun ramai yang mengucapkan tahniah kepada Noor Nabila dan suami Engku Emran atas perkahwinan mereka.

Neelofa tidak terkecuali daripada berkongsi gambar-gambar gembira bersama keluarga di majlis perkahwinan tersebut, namun salah satu daripadanya mengundang rasa kurang senang peminatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Ini kerana gambar tersebut menunjukkan Neelofa diapit di antara kakaknya dengan abang iparnya. Jika dilihat, gambar tersebut seperti Neelofa sedang ‘wefie’ bersama kedua-dua mempelai. Namun seorang penulis telah menegur tidakkan tersebut seakan tidak sopan lebih-lebih lagi Neelofa sudah berpurdah.

Perkongsian Dr Syahr Musafir seakan membuka mata ramai mengenai batas aurat serta pergaulan di antara abang ipar kerana ia adalah bukan mahram.

“Saya sangat berharap si adik ipar perempuan memahami abang iparnya yang merupakan suami kepada kakaknya adalah kekal bukan mahram baginya, kena jaga aurat, jaga batas pergaulan, bla bla bla sebagaimana biasa sebelum dia menjadi abang ipar. Tiada perubahan pun dari segi hubungan bukan mahram dan ajnabi.

Tetapi kali ini melihat gambar artis berpurdah bernama Noor Neelofa bergambar di tengah antara kakaknya dan suami kakaknya, saya rasa seseorang perlu menegur.

Tak boleh.

Itu salah.

Lagi pula Neelofa berniqab sebegitu, tidak berperbatasan dan memberi gambaran ikhtilat yang tak terjaga.

Tak boleh Neelofa ambil gambar sebegitu.

Tak boleh Nabila membenarkan.

Tak boleh Engku Emran membiarkan.

Dan orang terdekat dan ibu ayah kepada mereka sekiranya melihat sepatutnya membetulkan keadaan semasa itu berlaku.

Saya menulis di sini dengan harapan dan doa moga cara ambil sebegini TIDAK dijadikan stail, budaya atau trend atas alasan ikut selebriti buat.

“Artis buat nampak OK je,” sememangnya menjadi alasan bagi sebilangan orang dalam masyarakat kita, lalu melakukannya.

Banyak kali berlaku, diulang oleh orang berlainan, saya risaukan ia menjadi budaya, normal dan ‘tak apa’ sedangkan ianya salah.

Sepatutnya nak bergambar begitu, perlulah susunannya (dari kiri) Engku Emran, Noor Nabila dan (paling kanan) Noor Neelofa. Barulah elok, tepat dan terjaga, dijauhkan fitnah.

Lain ceritanya kalau Noor Neelofa itu adik lelaki kepada Noor Nabila, baru boleh dok tengah. Boleh faham?

Maaf saya mengingatkan bukan sebab saya ini lebih baik daripada sesiapa. Saya tulis ini sebagai peringatan bersama, termasuklah kepada saya ini sendiri. Saling kita mengingatkan ke arah kebaikan.

Tahniah atas pernikahan ini, Engku Emran dan Noor Nabila. Moga baik-baik semuanya.

Sudah acapkali berlaku, kali ini…

Posted by Syahr Musafir on Friday, March 19, 2021

 

Moga teguran ini dapat memberi manfaat buat semua. Yang baik jadikan ikutan okay?

 

 

 

Baca juga:

“Sedih Pula Baca Ayat Ni..”-Ucapan Sempoi Sharnaz Sempena Perkahwinan Nabila Buat Netizen Sebak

Neelofa Kongsi Video Pendek Perkahwinan Kakaknya, Noor Nabila Sah Nikahi Engku Emran

 

 

 

 

Sumber: Facebook

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement