Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Apa Jadi Pada Dunia Sekiranya Tiada Akses Internet Secara Tiba-Tiba?

Agak menakutkan sekiranya berlaku…

Published

on

Dalam hidup kita yang dah penuh dengan teknologi canggih ni, rata-rata akan menggunakan internet sebagai sumber maklumat, medium komunikasi dan juga hiburan. Boleh dikatakan bagi generasi Z yang lahir selepas tahun 2000, dunia tanpa internet itu adalah asing. Dah jadi macam satu keperluan sebab dengan internet, pelbagai kerja dan urusan dapat kita lakukan dalam masa yang singkat. Pembelajaran dan urusan kerja sekarang pun banyak dilakukan secara online. Semua di hujung jari, dan ini yang kita panggil sebagai dunia tanpa sempadan.

Tapi pernah tak terbayang kalau tiba-tiba talian internet terputus? Bukan untuk satu atau dua jam, tapi untuk selamanya! Mungkin agak melampau nak kata untuk selamanya, tapi sekiranya ia berlaku, ini apa yang akan berlaku kepada kehidupan kita.

Tiada Lagi Media Sosial

Kalau talian internet tiba-tiba tak ada, rasanya dalam masa seminit kita akan tahu. Jadi sekiranya ia berlaku, tidak akan ada lagi hiburan yang boleh didapatkan melalui media sosial, atau pun maklumat-maklumat penting yang disiarkan oleh kerajaan. Anda akan mula berasa cemas dan hubungi rakan-rakan anda untuk bertanyakan sama ada mereka mempunyai masalah yang sama ataupun tidak. Kemudian selepas satu jam, talian telefon semakin tinggi dan tak boleh menampung panggilan telefon sebab masing-masing sibuk menghubungi keluarga atau kawan-kawan.

Bila tiada lagi media sosial, ini bermakna masa anda akan berkurangan dalam dunia internet. Waktu ni anda akan sedar betapa banyaknya masa yang ada dalam sehari dan mula melakukan pelbagai aktiviti untuk mengisi masa yang terluang. Mungkin selepas beberapa bulan, kehidupan kita akan sama seperti kehidupan parents kita waktu dulu-dulu sebelum adanya internet. Bolehlah hantar surat cinta melalui kiriman pos.

Tiada lagi Servis² Penting Menggunakan Internet

Sistem komunikasi zaman sekarang banyak yang dah berkait dengan talian internet. Jadi berkemungkinan besar, komunikasi kita terbatas dengan tiadanya akses internet. Mungkin nak hantar SMS pun dah tak boleh sebab infrastruktur komunikasi yang sudah diselaraskan bersama talian internet.

Servis perbankan akan kembali seperti zaman dahulu. Tiada lagi online banking untuk membuat sebarang pembayaran, dan kalau nak keluarkan duit, anda perlu pergi ke kaunter bank. Urusan dengan bank akan menjadi seperti tahun 1970-an di mana segala transaksi perlu dilakukan di bank. Leceh bukan?

Selain itu, dengan tiadanya internet, servis penghantaran makanan kegemaran anda seperti Foodpanda dan Grabfood pun tak boleh beroperasi. Terpaksalah pergi ke kedai dan bungkus sendiri makanan tu. Seterusnya dari segi hiburan pula, tidak ubah seperti 30 tahun lepas. Dengan tiadanya internet maka tiadalah paltform penstriman digital untuk menonton drama-drama dan filem kegemaran anda.

Ribuan Akan Kehilangan Kerja

Dunia pekerjaan sekarang pun banyak yang berasaskan perkhidmatan atas talian. Syarikat seperti Google, Amazon dan Facebook semestinya akan mengalami kerugian yang besar. Banyak kakitangan yang terpaksa diberhentikan. Secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada ekonomi dunia. Mereka yang sebelum ini menjana pendapatan secara digital mungkin akan hilang punca pendapatan. Mungkin musim pandemik ni dengan perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan, bertambah parahlah dunia tanpa adanya akses internet.

Tapi jangan risau sebab untuk mematikan rangkaian internet seluruh dunia bukan satu perkara yang mudah seperti menekan suis off. Jika internet tiada dengan tiba-tiba, mungkin kita yang sudah terbiasa memakainya akan perasan,  tapi 1/3 penduduk di bumi tidak akan perasan pun sebab tempat mereka memang tiada kemudahan internet.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Everest Gunung Paling Tinggi Di Dunia? Kurang Tepat Sebab Ada Yang Lagi Tinggi Daripada Tu!

Edmund Kemper – Pembunuh Bersiri Yang Kisahnya Terlalu Kejam Untuk Diterima Akal!

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement