Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Anak Lelaki Dah Besar Tapi Pakaian Terbuka” – Netizen Risau Lihat BCL Kerap Muat Naik Foto ‘Terdedah’

Terdapat netizen yang menegur BCL sebab muat naik foto yang ‘terdedah’…

Published

on

Kalau sudah bergelar artis dan memegang status selebriti yang dikenali ramai, tentu segala pergerakan dan tingkah laku menjadi perhatian ramai. Jarang sekali kehidupan selebriti menjadi privasi sendiri. Mungkin sebab itu ramai selebriti yang sentiasa berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial, sebab takut timbul salah faham dan kontroversi.

Umum sedia tahu apa jua yang dimuat naik oleh seseorang selebriti di media sosial, seperti di Instagram pasti akan mendapat respon ramai orang terutamanya dalam kalangan peminat. Respon tersebut pula boleh jadi sebuah pujian dan juga teguran. Terbaharu, di Instagram penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), dibanjiri dengan komen berbentuk teguran kepadanya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Baca juga: “Saya Tak Setuju Mereka Bersama” – Ramai Sepakat ‘Kenenkan’ BCL Dan Ariel, Namun Ada Yang Tak Bersetuju Sebab…

Punca komen-komen teguran itu muncul apabila BCL kerap memuat naik foto-foto yang dikira seksi di Instagramnya. Teguran yang diberikan pula tidaklah berbentuk kecaman, tetapi lebih kepada risau akan keadaan BCL yang baru setahun lebih kehilangan suami tercinta, iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair.

Semuanya bermula pada seminggu yang lalu apabila BCL memuat naik gambar dirinya mengenakan pakaian ‘bikini’ sambil duduk di atas bot. Gambar tersebut mengundang pelbagai reaksi sehingga ramai yang menegur gambar tersebut kurang sopan untuk dipamerkan. 

“Apalah kata anaknya melihat pakaian mamanya begini,” ujar seorang wargamaya di ruangan komen. 

Selain itu, ada juga yang memberi komen menyatakan Allahyarham suaminya menangis melihat foto tersebut. Walaupun terdapat komen yang menegur gambar tersebut, majoriti di ruangan komen tetap memuji kecantikan BCL. Apa-apa pun kita doa yang baik-baik buat BCL untuk terus bahagia dengan kehidupannya bersama keluarga tersayang.

Baca juga: “Pakai Otak Bukan Pakai Benda Ni” – Jawapan Aaisyah Jawab Soalan Matematik Buat Che Ta Rasa Nak ‘Koyak’ Mulut

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement