Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Ah Sh*t!” – Tengok Apa Chef Wan Buat Bila Kucingnya Pecahkan Perhiasan Dari Turki

Lihat saat-saat genting ketika barang perhiasan kacanya pecah. 

Published

on

Memelihara kucing seakan-akan memelihara kanak-kanak. Perlu memiliki kesabaran yang tinggi dan mereka harus selalu dibelai dan disayang. Barulah mereka jinak dan lebih mudah dijaga.

Itulah yang dilakukan oleh tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan.

Dia tidak berlaku kasar terhadap kucing peliharaannya, Jade walaupun sudah memecahkan barang hiasan kaca dilihat agak mewah diperolehnya dari Turki.

Lihat saat-saat genting ketika barang perhiasan kacanya pecah melalui menerusi rakaman video di akaun Instagram miliknya.

[/video]

Dalam pada masa sama juga, Chef Wan turut menjelaskan kenapa dia memilih untuk tidak naik marah apa yang sudah berlaku.

“Apa mampu saya buat, mereka hanya binatang dan dia pun tak tahu barang tu boleh jatuh dan pecah. Biasalah, semua benda datang dan pergi dalam hidup kita, apa yang penting Jade tidak cedera dan saya kena lebih berhati-hati bila dia berada di situ. Semua tu boleh beli lagi dan Allah mengirim kucing kepada saya untuk menggembirakan dan menghiburkan hati saya ketika saya sedih dalam mengingatkan ibu saya yang sakit. Jade pun tiada gantinya,”

Malah, dia turut mengimbau waktu dulu orang gajinya pernah memecahkan barangan set Bernadaud China berharga RM7,000 tapi nak buat macam mana, perkara dah jadi lagipun bila mati esok lusa, barangan ni tak akan dibawa masuk ke lubang kubur.

Apa yang lebih penting bagi  Chef Wan adalah orang gajinya tidak mengalami apa-apa kecederaan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bekas isteri Chef Wan meninggal dunia

“Kali pertama Papa diam dan menangis” – Serina

 

 

 

 

 

 

Sumber: instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement