Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

50 Ekor Kucing Terima Wasiat? Ini Antara Haiwan Yang Lagi Kaya Daripada Kita

Banyaknya harta haiwan-haiwan ni…

Published

on

Jarang kita nak dengar berita tentang haiwan yang menerima wasiat ni. Kalau ada pun ia berlaku, mungkin hanya di dalam filem-filem, dan kalau haiwan ini terima wasiat pun tak tahu nak buat apa dengan harta tu nanti.  Bagaimanapun, seorang lelaki dermawan berbangsa Perancis meninggalkan sejumlah wang kepada penerima wasiat iaitu sekumpulan kucing yang tinggal di ruang bawah tanah di Muzium Pertapaan Rusia. 

Menurut laporan, sebanyak 50 ekor kucing tinggal dalam Muzium St. Petersburg itu. Muzium tersebut dikatakan telah menjadi tempat tinggal kucing sejak zaman Permaisuri Elizabeth yang memerintah dari 1741 hingga 1761. Manakala pengasas muzium itu, Catherine The Great memberikan status kucing sebagai penjaga galeri seni dengan menyatakan kucing ditempatkan untuk memerhatikan tikus di tempat itu. 

Agak-agak wang wasiat yang diterima tu akan digunakan untuk apa? Dikatakan wang tersebut akan digunakan untuk membaiki kawasan bawah tanah muzium tersebut. Selain itu, kucing-kucing ini turut mempunyai mesin basuh sendiri dan perkhidmatan doktor haiwan tempatan. Memang bertuah punya kucing. Tapi sebenarnya ada haiwan yang lagi kaya daripada sekumpulan kucing ni.

Gunther IV, Anjing – German Shepherd

Anjing jenis German Shepherd yang berasal dari Jerman ini mempunyai hasil kekayaan bernilai lebih 375 juta USD. Kalau tukar dalam matawang Malaysia lebih kurang RM1.5 bilion. Wow, memang kaya gila anjing ni. Tapi hasil kekayaan Gunther IV adalah hasil daripada wasiat kerana pemiliknya merupakan antara orang terkaya di dunia.

Grumpy Cat, Kucing – Mixed Breed

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Grumpy Cat (@realgrumpycat)

Ini pula merupakan kucing paling kaya di dunia setakat ini. Tapi hasil kekayaan dia bukanlah hasil daripada duit wasiat, tetapi hasil usaha keras bekerja. Alamak, kerja apa pula yang kucing ni buat sampai kaya macam tu? Dikatakan hasil kekayaan Grumpy Cat yang bernilai 99.5 juta USD ini adalah hasil daripada barang niaga, tajaan, kemunculan dalam media dan juga dalam filem. Kalau nak jumpa kucing ni boleh melawatnya di Amerika Syarikat.

Gigoo, Ayam

Ayam ni kalau tak kaya mungkin dah lama jadi hidangan yang lazat di atas meja. Ayam yang berasal daripada United Kingdom ini memiliki kekayaan sebanyak 15 juta USD. Kalau ditukar ke matawang Malaysia lebih kurang RM60.9 juta. Not bad untuk seekor ayam sebanyak itu, dan semua ini terima kasih kepada tuannya yang mewariskan hartanya kepada haiwan kesayangannya ini. 

Kalu, Monyet – Cimpanzi

Monyet ini dikatakan mewarisi harta bernilai jutaan dollar daripada pemiliknya. Patricia O’Neill telah menyelamatkan Kalu pada tahun 1985. Dia amat menyayangi monyetnya ini sehingga dia sanggup menukar wasiatnya pada tahun 2000 dan membuatkan Kalu mewarisi harta yang dianggarkan bernilai 80 juta USD. Mungkin tak cukup tanah nak letak semua pisang yang Kalu boleh beli.

Bart The Bear 2, Beruang – Alaskan Brown Bear

Beruang ini sama juga macam Grumpy Cat kerana menjadi kaya hasil daripada kerja keras. Bart The Bear 2 dikatakan mempunyai kekayaan bernilai 6 juta USD. Semua ini adalah hasil daripada kerja lakonannya seperti dalam filem ‘Dr. Dolittle 2’, ‘Into The Wild’, ‘Zookeeper’ dan banyak lagi. 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Jenis² Fobia Pelik Yang Mungkin Anda Miliki Tanpa Sedar…

Isteri Minta Cerai Kerana Tak Tahan Suami Kuat Bekerja Serta Tak Pernah Ambil Cuti

 

 

 

 

 

Sumber berita: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement