Connect with us
Kool FM

Berita

Tunang Pemandu Kereta Myvi, Dikenakan 3 Pertuduhan

Tiga pertuduhan dibacakan secara serentak di Mahkamah Majistret.

Published

on

Dipenjara 6 tahun dan denda RM8,000, itulah hukuman yang dikenakan  oleh Mahkamah Majistret ke atas pemandu kereta Myvi, Nur Fatin Nazrah Suhaimi yang memandu dalam pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Keputusan tersebut diputuskan selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan. Manakala, tunang pemandu wanita itu,  Nuraiman Fathi Mohd Zukki juga turut dijatuhi hukuman kerana membenarkan tunangnya yang tidak mempunyai lesen memandu sah, memandu kereta miliknya.

Antara tiga pertuduhan yang  yang dibacakan secara serentak oleh Majistret Suhaila Shafi’uddin adalah:

  1. Membenarkan tunangnya memandu kereta tanpa lesen, cukai kenderaan tamat tempoh dan kenderaan tiada insurans.
  2. Membenarkan tunangnya memandu kereta miliknya yang tamat tempoh cukai jalan di tempat dan masa sama. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) APJ 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

  3. Membenarkan tunangnya memandu kereta miliknya yang tidak ada perlindungan insurans seperti dikehendaki di bawah Bahagian IV APJ 1987 (Akta 333/87) di tempat dan masa sama. Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 90(1) APJ 1987 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 90(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1,000.

Sumber: harianmetro

Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung selama setahun, denda sebanyak RM3,300 serta penjara 13 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwa Raya Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Noridayu Md Kassim.

Kemalangan yang terjadi di lampu isyarat Kilometer 4, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi pada 8.24 pagi, 10 Oktober lalu mengakibatkan kematian seorang anggota tentera.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Mengantuk, anggota bomba maut kemalangan

“Tidur Peluk Baju Papa” – Anak Mangsa Kemalangan Myvi Putih Tak Henti Menangis Cari Bapa

 

 

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement