Connect with us
Kool FM

Berita

Tindakan Kejam Masak Bubur Beracun, Akhirnya Guru Tadika Dihukum Mati

Dihukum mati atas perbuatan yang kejam…

Published

on

Ia bukan satu kejadian yang berlaku dalam filem mahupun drama walaupun kedengaran seperti terlalu kejam untuk dilakukan. Tetapi begitulah kesudahan seorang guru di China yang dijatuhkan hukuman mati kerana meracuni puluhan kanak-kanak bagi membalas dendam terhadap rakan sekerjanya. Disebabkan perbuatannya juga seorang kanak-kanak menemui ajal akibat diracuni. 

Menurut laporan, Wang Yun mencampurkan natrium nitrit ke dalam bubur yang dimasak untuk menjamu pelajar rakannya yang sakit. Tindakannya itu menyebabkan 25 kanak-kanak lain keracunan.

Kes yang berlaku sekitar bulan Mac 2019 itu telah mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki nazak selama berbulan-bulan sebelum meninggal dunia Januari lalu. Ia sememangnya satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mengambil kira akibatnya sehingga melayang satu nyawa.

Bagaimanapun, mahkamah di bandar Jiaozua memutuskan bahawa Wang Yun sebenarnya tahu bahawa natrium nitrit adalah bahan berbahaya. Namun, dia tetap meneruskan tindakannya dengan tidak menghiraukan kesannya, sekali gus menyebabkan ramai kanak-kanak tidak bersalah menjadi mangsa. Kanak-kanak tadika yang menjadi mangsa, berumur antara tiga hingga enam tahun, dilaporkan mula muntah dan pengsan selepas menjamu sarapan mereka. 

Walau bagaimanapun, Wang Yun enggan mendedahkan motif dia meracuni kanak-kanak yang tidak bersalah itu dan pihak mahkamah menyifatkan perbuatannya sebagai satu tindakan yang hina. Tertuduh serta pengurus tadika tersebut diwajibkan membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa.

Pernah Meracuni Suami Sendiri!

Menurut pihak berkuasa, ini bukanlah kali pertama Wang Yu menggunakan natrium nitrit untuk meracun seseorang. Menurut laporan, pada tahun 2017, dia pernah menggunakan bahan tersebut untuk meracuni suaminya sendiri. Tetapi suaminya hanya mengalami keracunan yang tidak serius. Nampaknya Wang Yu tidak serik dengan perbuatan hinanya dan terus melakukannya terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah.

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement