Connect with us
Kool FM

Berita

“Tidak menyeronokkan jika menjalani hidup dengan cara normal..” Untuk Kelainan Lelaki Ini Sanggup Terjun Sungai

Sampai macam itu sekali kegigihan dia..

Published

on

Sudah menjadi lumrah seorang manusia mahukan tempat untuk menjadi yang pertama dalam sesuatu. Namun kini dunia semakin pantas dan semuanya di hujung jari mungkin telah menyebabkan kita sebagai manusia sanggup lakukan apa sahaja untuk menjadi yang pertama mendapat perhatian orang sekeliling.

Begitu juga untuk seorang YouTuber lelaki yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat (AS) ini. Demi mencari kelainan, dia telah mengalami retak tulang tengkorak selepas terjun ke dalam sungai dari sebuah jambatan hanya untuk meraih perhatian ramai.

Menurut laporan New York Post, lelaki yang bernama Saa Fomba telah dimasukkan ke hospital selama tiga hari untuk menerima rawatan. Walaupun dia terlantar di hospital, Fomba tetap memuat naik video aksinya itu di saluran YouTube miliknya pada Jumaat lalu. Menerusi rakaman video itu, Fomba dilihat telah memanjat struktur paling tinggi pada jambatan berkenaan sebelum terjun ke dalam sungai.

FOMBA dibawa ke hospital. FOTO YouTube

Menerusi videonya, Fomba menyatakan dia membuat video tersebut kerana mahu menjadikan ia sebuah motivasi kepada orang lain untuk mengejar impian mereka dan dia juga berkongsi bahawa tidak seronok jika kita hanya jalani kehidupan secara normal. Tetapi, pada pendapat anda adakah ia berbaloi?

“Semoga video ini memberi motivasi untuk kamu mengejar impian.

“Bagi saya, tidak menyeronokkan jika menjalani hidup dengan cara normal,” katanya kepada kamera sebelum terjun ke Sungai Colorado.

Menurut laporan, pasukan paramedik bergegas ke lokasi dan membawa mangsa ke hospital selepas Fomba  dilihat melambai-lambai ke arah bot untuk dibantu dibawa ke tebing.

Seterusnya, Fomba juga sempat merakam sebuah video berasingan untuk berkongsi perkembangan terkininya di hospital. Dalam video tersebut, Fomba akui dia berpuas hati dapat merealisasikan impian sendiri. Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada Fomba akan berdepan dengan tindakan undang-undang atas perbuatannya itu atau sebaliknya. Mungkin perkara seperti ini haruslah dititikberatkan memandangkan mungkin ada kanak-kanak kecil yang menonton video seperti ini akan mengangap ia seronok dan boleh dilakukan.

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

Kes Masih Belum Selesai, Pavithra Belum Menarik Balik Pertuduhan M Sugu

Sekelip Mata Hidup Berubah, Pavithra Memilih Suami Dari Meneruskan Rancangan Masakan

 

 

 

 

 

Sumber: HMetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement