Connect with us
Kool FM

Berita

Terkena Prank! Syarikat Bateriku.com Terima Pesanan Makanan Bernilai Hampir RM500

Makanan yang dihantar itu selamat dimakan oleh rider penghantar makanan dan beberapa orang pekerja Bateriku.com.

Published

on

Terdahulu tular kisah seorang pengguna pesanan makanan mendakwa rider penghantar makanannya telah mengambil salah satu pesanannya. Isu itu berlanjutan sehingga pengguna tersebut yang bernama Ezrin Nazan menerima kecaman yang teruk daripada warganet. Hal ini kerana tindakannya yang tegas menyalahkan rider yang sepatutnya menyemak pesanannya sebelum membuat penghantaran. Susulan itu, isu ini turut mendapat perhatian dari majikan Ezrin iaitu Syarikat Bateriku (M) Sdn Bhd dan terkini Ezrin telah meletakkan jawatannya sebagai Creative Consultant untuk menjaga nama baik syarikat Bateriku.com.

Lain pula kisah yang terjadi tengah hari semalam apabila syarikat Bateriku.com telah menerima ‘prank’ pesanan makanan yang dihantar ke alamatnya. Nampak lucu namun ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan ia boleh dikatakan satu gurauan yang agak kasar kerana melibatkan ramai pihak terutama sekali rider penghantar pesanan makanan.

Menurut laporan, Bateriku.com telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa penghantaran makanan tersebut dilakukan secara sengaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyusahkan 15 penghantar makanan kira-kira pukul 1.30 tengah hari 15 Februari 2021.

Difahamkan semua penghantar makanan turut berkongsi bukti pesanan makanan di aplikasi mereka yang menunjukan ia haruslah dihantar ke alamat syarikat tersebut. Lebih mengejutkan apabila  kesemua jenis pambayaran untuk pesanan makananan yang ditempah adalah secara tunai dengan jumlah hampir RM500.

Tambah laporan, pihak Bateriku.com telah meminta syarikat penghantar makanan yang terlibat untuk menghentikan sebarang penghantaran makanan kepada alamat syarikatnya buat masa ini sehingga mereka berjaya selesaikan isu prank yang tidak bermoral ini.

Ada sinar selepas hujan apabila niat pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak terbantut kerana syarikat penghantar makanan yang terlibat tidak mengenakan sebarang caj pembayaran bagi pesanan yang telah dilakukan pada hari tersebut. Makanan yang dihantar itu selamat dimakan oleh rider penghantar makanan dan beberapa orang pekerja Bateriku.com.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“#SiBodohKauDengarSini” Trending, Netizen Debat Waktu Operasi Kedai Makan

Usaha Cari Duit, Adik Ini Sanggup Kerja Food Panda Naik Basikal

 

 

 

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement