Connect with us
Kool FM

Berita

“Syafiq Bukan Mengantuk, Hanya Elak Objek..”- Ini Sebenarnya Yang Berlaku Ketika Kejadian..

“Dia tidak mengantuk…

Published

on

Malaysia digemparkan dengan berita menyedihkan apabila pemain skuad Harimau Malaya Muhammad Syafiq Ahmad terlibat dalam kemalangan selepas kenderaan yang dipandu terbabas di Kilometer 163.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sekitar Nibong Tebal jam 4 pagi semalam.

Apa yang menyayat hati adalah apabila bayi lelaki yang baru berusia 22 hari serta ibu mertuanya yang berusia 45 tahun serta wanita warga Indonesia berusia 30-an terbunuh dalam insiden tersebut.

Sumber foto: Kosmo

Isterinya yang masih dalam tempoh berpantang cedera parah sementara Syafiq dan anak perempuan sulungnya berusia 2 tahun hanya cedera ringan.

Hasil siasatan mungkin pemandu tertidur

Pelbagai kupasan berita tempatan mengatakan mungkin Syafiq memandu di dalam keadaan mengantuk ketika kejadian. Ini berikutan ulasan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern.

Katanya, hasil siasatan mendapati punca kemalangan dipercayai akibat pemandu tertidur dan menyebabkan kenderaan yang dipandu hilang kawalan.

“Gagal mengawal kenderaan menyebabkan pemandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan sebelum terbalik dan terseret berdasarkan kesan calar di jalan.

Bagaimanapun, terbaru laporan daripada Kosmo yang mengambil ulasan daripada bapa Syafiq sendiri mengatakan sebaliknya.

Sumber foto: Kosmo

Tidak mengantuk, hanya elak objek..

“Dia tidak mengantuk, sebaliknya cuba me­ngelak sesuatu di tengah jalan, tetapi saya tidak pasti apakah objek itu.”

Bapa Syafiq, Ahmad Ibrahim memberitahu,  anak sulungnya itu memaklumkan bahawa dia cuba mengelak daripada melanggar sesuatu yang tidak dikenal pasti berada di atas jalan.

“Saya tidak tahu mengenai kepulangan Syafiq ke rumah mertuanya sehingga menerima panggilan telefon berhubung kemalangan itu kira-kira pukul 4.10 pagi.”

Ketika kejadian Muhammad Syafiq bersama keluarganya dalam perjalanan dari Johor untuk pulang ke kampung Nur Amalina di Pendang. Menurut Ahmad, kebiasaan Muhammad Syafiq akan pulang kampung menaiki pesawat, namun kali ini mungkin anaknya memandu sendiri kereta kerana isterinya sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua.

Lakukan ini jika mengantuk!

Memandu di dalam keadaan mengantuk sungguh merbahaya!

  1. Pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan.
  2. Kenal pasti waktu atau suasana yang akan membuatkan anda mengantuk dan cuba elakkan memandu pada waktu tersebut.
  3. Sediakan air masak atau air manis di dalam kenderaan. Minum dengan kadar sedikit setiap 10 minit untuk segarkan badan.
  4. Jika anda benar-benar tidak larat, berhenti seketika di lokasi selamat dan berehatlah seketika.

 

 

 

Baca juga:

Kerajaan negeri zahir simpati terhadap keluarga Muhammad Syafiq

Budak Campak Kucing Demi TikTok Diburu Persatuan Haiwan Malaysia

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kosmo , Hmetro

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement