Connect with us
Kool FM

Semasa

Susah Sangat Ke Kalau Nak Berpoligami? Ini Syarat Dari JAWI

“Ada satu je iaitu kena berani,”

Published

on

Isu yang sangat sensitif untuk disentuh terutama dalam kalangan wanita. mana yang inginkan kasihnya diduakan? Tiada!

Namun, apa yang ingin kami selongkarkan adalah syarat dan proses untuk berpoligami memandangkan baru-baru ini kecoh dengan individu yang bertindak menipu dalam menguruskan proses poligami.

Kool Chat pagi ini membincangkan perkara ini bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (JAWI), Ustaz Rozimi Zamri.

Rai 14 pasangan poligami | Harian Metro

Sumber: hmetro

Menurutnya syaratnya memang susah dan ada satu je iaitu kena berani! Sebab, kalau tak berani letak syarat apa pun memang tak jalan tapi nak takut apa? Beras kita beli, ujarnya sambil berseloroh.

“Tapi proses dan cara secara tertulisnya adalah poligami haruslah memohon terlebih dahulu untuk mendapatkan keizinan dengan Mahkamah Syariah di bawah peruntukkan Seksyen 23 Akta 303.

Dalam undang-undang itu ada menetapkan beberapa penilaian sebab aspek utama yang dilihat adalah sejauh mana si suami menunaikan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah sebagai suami dan juga bapa sebagaimana kita semua tahu terbahagi kepada empat perkara iaitu tempat tinggal, perubatan, makan minum dan pakaian,” jelasnya.

Untuk dengarkan lebih mendalam perbincangan ini, jom dengarkan disini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement