Connect with us
Kool FM

Berita

Suami Dari Neraka, Kurung Bini Setahun Dalam Tandas Kotor & Jijik

Anak dah tiga ya…

Published

on

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Alah, cliché lah ayat tu!

Anda sebagai isteri perlu tahu hak sebenar anda dan apa perlu dilakukan jika suami bertindak di luar batasan. Pergaduhan biasa bertekak lidah mungkin normal namun, jika si suami mula menyentuh dengan niat mencederakan anda, sila laporkan kepada pihak berkuasa.

Tiada yang biasa jika suami mula bertindak di luar sifat kemanusiaan! Seperti apa yang berlaku di New Delhi baru-baru ini, seorang suami tergamak mengurung isterinya lebih setahun dalam sebuah tandas yang sempit dan kotor.

Penderitaan wanita berusia 35 tahun itu berakhir selepas dia diselamatkan polis dan pekerja kebajikan pada 12 Oktober lalu.

Foto: Agensi (Gambar ketika dijumpai pihak berkuasa di dalam tandas tersebut)

Jiran bantu!

Kejadian itu diketahui jirannya sebelum memaklumkan kepada aktivis wanita untuk menyelamatkan wanita malang itu.

Media tempatan India melaporkan, wanita itu sudah 18 bulan dikurung suaminya dengan pintu tandas akan sentiasa dikunci. Siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada penahan suami mangsa pada Jumaat menurut laporan sebuah portal media.

Sudah 17 tahun berkahwin

Foto: Gambar hiasan

Wanita itu dan suspek sudah berkahwin selama 17 tahun dan memiliki tiga anak berusia antara 11 hingga 17 tahun. Sepanjang dikurung di dalam tandas yang kotor dan berbau itu, mangsa tidak diberikan makanan dan minuman selama beberapa hari.

Jiran yang mengetahui kejadian itu sudah tidak sanggup melihat mangsa diseksa sebelum memaklumkan kepada aktivis wanita daerah berkenaan. Ketika diselamatkan wanita itu dalam keadaan tidak terurus dan hanya terbaring.

Polis masih menyiasat motif suspek bertindak sedemikian terhadap mangsa. Jika ada salah pun yang dilakukan si isteri, adalah itu cara betul menghukumnya? Shame on you!

 

 

 

 

Baca juga:

Suami Pukul Isteri Hingga Mati Depan Tetamu!

Suami Cemburu Buta, Isteri Nekad Bakar Diri! Cuba Cara Ini Untuk Kawal Perasaan Cemburu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement