Connect with us
Kool FM

Berita

“Siapa Yang Palsukan?” – Kes Borang Kosong Rentas Negeri, Polis Sahkan Terdapat Pemalsuan Tandatangan

Tular isu gadis dapat borang yang sudah siap dicop, polis sahkan cop dan tandatangan adalah palsu…

Published

on

Isu ini adalah isu yang mampu menaikkan amarah rakyat Malaysia kerana ramai yang inginkan kebenaran rentas negeri untuk melawat mak ayah di kampung atau pasangan yang berada di negeri lain. Sudah tentu rentas negeri hanya dibenarkan dengan kebenaran pihak polis. Itupun perlulah dengan sebab-sebab yang munasabah seperti urusan kerja dan sebagainya. 

Namun, wargamaya tetap memerhatikan mereka yang dilihat seperti salah guna kebenaran rentas negeri untuk melakukan perkara lain selain daripada urusan yang dinyatakan dalam surat kebenaran itu. 

Baca juga: “Ghomar Menjobo Diri..” – Dato Hattan Luah Kecewa Isu Selebriti Rentas Negeri

Sebenarnya kalau dah dapat surat kebenaran rentas negeri atas urusan yang dibenarkan itu, janganlah pergi tayang atau menunjuk di media sosial yang kita berjaya rentas negeri. Sebabnya ia akan mengundang kemarahan orang ramai dan menimbulkan spekulasi yang tidak perlu. 

Terbaharu, tular satu isu berkaitan seorang gadis ini yang dilihat memiliki surat kebenaran rentas negeri yang sudah siap dicop dan tandatangan tanpa mengisi maklumat di dalamnya terlebih dahulu. 

Gadis tersebut dilihat memuat naik gambar surat tersebut di Insta Story miliknya, dan surat itu dipercayai bagi tujuan menghadiri temu duga di Kuala Lumpur. Surat itu dilihat siap dicop dan tandatangan ketua Ketua Balai Polis, namun tidak diisi lagi maklumat di dalamnya. Hal ini menimbulkan kemarahan orang ramai dan meminta pihak polis untuk menyiasat kes tersebut. Sementara itu, pihak polis mengesahkan bahawa terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Balai Polis Chukai, Terengganu. 

Ramai wargamaya yang mempersoalkan bagaimana boleh berlaku pemalsuan tandatangan dalam borang kebenaran merentas negeri itu. Bagaimanapun, kes tersebut dilaporkan disiasat bawah seksyen 468KK dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia-KPD Kemaman. 

Baca juga: “Nampak Sweet Je Bersama” – Buat Video Pakai Baju ‘Pengantin’ Iman Troye Dan Naim Daniel Dikatakan Serasi

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement