Connect with us
Kool FM

Berita

“Siapa Suruh Tak Pantau” – Individu Positif COVID-19 Bebas Keluar Rumah Sepanjang 3 Hari

Kalau positif tu janganlah tak kuarantinkan diri…

Published

on

Kes individu yang disahkan dijangkiti COVID-19 semakin hari semakin banyak. Hospital kerajaan pula semakin sesak nak menampung pesakit COVID-19 sehingga terpaksa meminta mereka yang berada pada tahap 1 dan 2 untuk kuarantinkan diri di rumah. Sepatutnya sebagai individu yang bertanggungjawab, kita harus ambil langkah mengasingkan diri jika didapati positif virus berkenaan.

Bagaimanapun, semalam tular satu hantaran di Facebook oleh seorang individu yang sudah disahkan positif namun enggan kuarantinkan diri di rumah. Individu tersebut turut dikatakan ‘bangga’ dapat keluar dari rumah dan pergi ke tempat orang awam walaupun sudah dijangkiti COVID-19. 

Individu tersebut dikatakan telah memuat naik satu hantaran pada 17 Januari tahun ini yang menyatakan dia mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak. Pada waktu itu dia hanya mengambil ubat jenis paracetamol, namun demamnya masih tidak hilang-hilang. Selepas mendapati dirinya positif, dia diminta untuk kuarantinkan diri di rumah kerana masih belum kritikal.

Menurut individu tersebut, sepanjang tiga hari selepas disahkan dijangkiti virus berkenaan, dia tidak menerima sebarang panggilan atau makluman daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat. Disebabkan itu, dia bebas keluar rumah dan mendakwa tidak ada pihak yang memantau pergerakannya. 

Dalam pada itu, pihak polis yang menerima aduan membabitkan individu tersebut terus membuat siasatan terhadap kes yang tular itu. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kes akan siasat kes ini di bawah Seksyen 12 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan. Harap kes ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar untuk tidak mementingkan diri sendiri dan fikir juga keselamatan orang sekeliling, terutamanya golongan kanak-kanak dan mereka yang lanjut usia.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

“Malaysia Bakal Laksana Total Lockdown?” – EuroCham Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial

Saringan COVID-19 Punya Pasal Sampai Bocor Bendalir Otak!

 

 

 

 

Sumber berita: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement