Connect with us
Kool FM

Berita

“Siapa Naik Genting, Hati-Hati..” – Pengawasan Ketat Di Genting Highland

Beringatlah senarai SOP yang harus dipatuhi ketika merentas negeri.

Published

on

Tular di media sosial apabila kawasan Genting Highlands kini menjadi kawasan ‘panas’ covid-19. Menjadi lebih teruk lagi apabila pihak pengurusan Genting kononnya tidak mahu memberi kerjasama tentang isu ini.

Menerusi satu ciapan di twitter, perbualan screenshot dimuat naik. Menurut sumber, pihak Genting tidak mahu berita ini disebarkan kerana gusar ramai pengunjung tidak ingin naik ke atas.

Malah, kini pihak berkuasa sudah mula melakukan tugasan untuk menjaga situasi di sana.

Image

Image

Image

Individu yang disahkan positif, akan ditempatkan di hotel First World sehingga dienarkan untuk pulang.

Ciapan tersebut telah mendapat perhatian Adun Ketari, Young Syefura Othman dan beliau menerangkan jumlah kluster yang dilaporkan supaya tidak ramai yang panik.

Image may contain: text that says "YS @youngsyefura Replying to @RafiCounsel and @privx3009 000 Setakat ini 3 okaliti ini sahaja yang dikenakan PKPD. Hari ini 0 kes dari 3 lokaliti ini."

Image

Namun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu setakat semalam adalah 20 sekaligus menunjukkan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 374 kes.

Image

Apa pun, jika ingin pergi melancong ke mana-mana pastikan pergi ke tempat yang tidak sesak. Beringatlah senarai SOP yang harus dipatuhi ketika merentas negeri.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Warga Bangladesh rentas negeri punca Kluster Genting

Jalan Gombak Lama ke Genting Highlands ditutup

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement