Connect with us
Webinar Kool

Berita

Sekolah Tak Tutup Walaupun 2 Pelajar SK Bangsar Sah Positif COVID-19

Dua pelajar perempuannya dilaporkan sah positif COVID19.

Published

on

Hari ini kecoh dengan berita penutupan 142 buah sekolah di kawasan Klang berikutan dengan penularan wabak berjangkit. Tindakan ini untuk tidak memburukkan lagi keadaan.

Namun, lain pula cerita di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar tiada arahan penutupan sekolah walaupun dua pelajar perempuannya dilaporkan sah positif COVID19.

Mengesahkan kejadian itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bangsar, Mohd Yazid Mohd Yasin, berkata pihak sekolah dimaklumkan perkara itu oleh penjaga dan Kementerian Kesihatan (KKM) sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Katanya lagi, pihak sekolah memaklumkan kepada PIBG dan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) datang melaksanakan ujian saringan terhadap murid dan guru membabitkan Tahun Empat dan Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar tersebut.

Bagaimanapun, tiada arahan penutupan sekolah buat masa ini, namun sesi persekolahan petang hari ini ditangguhkan.

Sumber: streetdictionary

“Petugas KKM menjalankan ‘swab test’ (ujian calitan) bermula jam 2 petang tadi kepada kira-kira 80 murid dari dua kelas tersebut serta 26 guru yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dua murid yang positif COVID-19 itu,”

Namun, PIBG SK Bangsar, Mohd Yazid, menyarankan mana-mana ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak ke sekolah kerana bimbang dengan keselamatan anak mereka, boleh berbuat demikian, namun perlu menghantar surat kepada pihak sekolah.

Difahamkan, dua murid perempuan itu mendapat jangkitan daripada ahli keluarga mereka, selepas pulang daripada menghadiri kenduri baru-baru ini.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: BH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement