Connect with us
Kool FM

Berita

“Saya hanya gunakan bilik air jika saya dapat memanjat sampah..” Wanita Tua Hidup Dengan 30 Tan Sampah

Uishh.. tak busuk ke rumah dia?

Published

on

Pada awal tahun ini, penghasilan sampah harian dalam kalangan rakyat di Malaysia mencatat peningkatan 100.75 peratus kepada 38,142 tan pada tahun 2018, berbanding 19,000 tan pada 2005 berdasarkan angka dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Dianggarkan seorang rakyat menghasilkan 1.17 kilogram (kg) sampah sehari pada 2018, berbanding 0.8kg (2005).

Itu adalah jumlah sampah secara menyeluruh di Malaysia. Namun, ada seorang wanita tua di New York telah hidup bersama sampah sejak 20 tahun lalu. Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut hidup sebatang kara menjalani rutin harian hanya bertemankan sampah bertimbun dalam rumahnya. Pelik tapi benar.

Wanita yang bernama Sylvie, berusia 60 tahun itu menderita kemurungan kerana tidak menerima sebarang pelawat sejak puluhan tahun lalu menghadapi kesukaran menguruskan dirinya. Sudahlah tua, hidup sebatang kara pula.. Kesiannya!

Oleh kerana dia hidup berseorangan, ia telah memberi kesan kepada dirinya yang tidak mahu keluar rumah. Akibatnya, seluruh ruangan dalam rumahnya telah dipenuhi dengan sampah-sarap sehinggakan dia tidak mampu masuk ke tandas atau dapur. Disebabkan kesukarannya untuk bergerak, wanita tersebut memilih untuk meneruskan hidupnya menggunakan lampin pakai buang.

Menurut laporan, Sylvie jelaskan bahawa pernah juga di satu tahap dia terpaksa duduk di depan pintu kerana semua ruang sudah dipenuhi hampir 30 tan sampah bertimbun. Sylvie akui situasi ini amat memalukan namun dia tiada pilihan kerana tidak dapat kawalan kemurungan yang dia sedang alami. Ada kalanya dia akan tidur di atas sampah kerana sudah kehabisan ruang.

Kini, penderitaan Sylvie berakhir apabila jirannya menyedari wanita itu tidak pernah membuang sampah di luar rumah sebelum mereka mendapatkan bantuan Michaela Shaw yang bekerja dengan badan amal, Community Bees. Ini barulah masa yang sesuai untuk jiran jaga tepi kain jiran sebelah rumah.. bukannya jaga tepi kain untuk membawang. Opps!

 

 

Baca juga:

Jumpa Barang RM2.17 Juta Dalam Plastik Sampah!

Hanya Berlegar-Legar, Warga Emas Dapat 70K Sehari Dari Ihsan Orang

 

 

 

 

Sumber: HMetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement