Connect with us
Kool FM

Berita

Sanggup Bunuh Anak Kerana Anak Bahagia Duduk Rumah Angkat?

Berang anaknya merasa lebih bahagia tinggal bersama dengan keluarga angkat.

Published

on

Minggu lepas, kecoh di media sosial mengenai sepasang suami isteri disyaki mendera dan membunuh kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Lebih memilukan apabila mangsa ditemukan lemas dalam tong air di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan lebam dan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Apa yang menaikkan api kemarahan warganet apabila ibu angkat kanak-kanak lelaki tersebut menjaganya dengan baik selama tujuh tahun sehinggalah diserahkan pada ibu kandungnya beberapa bulan yang lalu sebelum nyawa kanak-kanak tersebut direntap begitu saja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kool FM (@koolfmmy)

Bagaimanapun, pembunuhan itu didakwa berpunca kerana suspek, Zuraida Atan berang anaknya merasa lebih bahagia tinggal bersama dengan keluarga angkat selain daripada mengalami masalah mental.

Menurut sumber, Zuraida minta semula hak penjagaan anak kandung kerana cemburu. Kemudian mendera anak kandungnya sampai mati sebelum campak ke dalam tong biru dalam bilik air dan membiarkan mayat kanak lelaki tersebut sehingga kembung.

May be an image of 1 person, standing and outdoors

Dalam pada masa sama, jiran kepada Zuraida sempat mengambil gambar keadaan kanak lelaki tersebut dalam keadaan termenung di dalam kawasan pagar rumah sebelum beberapa hari kejadian.

May be an image of one or more people and text that says "gambar amir dari jiran sebelah rumah dia, gambar beberapa hari lepas.. apa korang rasakan dari gambar ni??? allahh"

Setakat ini, laporan hasil bedah siasat ke atas mangsa juga belum dapat memastikan punca kematian kerana terdapat beberapa spesimen yang perlu dihantar ke makmal untuk ujian lanjut. Menurut pihak berkuasa;

“Masih terlalu awal untuk mengesahkan punca kematian, cuma kita boleh sahkan memang terdapat kecederaan terutama sekali di bahagian kepala dan beberapa anggota badan terutama di bahagian belakang mangsa. Kami percaya kecederaan itu akibat dipukul dengan objek tumpul, namun kita masih melakukan siasatan rapi berkaitan perkara itu sama ada kecederaan itu disebabkan mangsa terjatuh atau dipukul oleh mana-mana individu.”

Siasatan masih lagi berjalan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pasangan Suami Isteri Pura-Pura Bahagia Di Kaca TV, Lebih 800 Video Dera Anak Angkat Ditemui!

Kejam! Seorang Ibu Paksa Anak Dan Anak Buahnya Makan Daging Liar

 

 

 

 

Sumber: PenangKini

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement