Connect with us
Kool FM

Berita

Sabah Menghampiri Tempoh Kritikal, Ambil Langkah Berjaga Jika Ke Pusat Beli-Belah Yang Terkesan

Kes semakin banyak, harap semua patuhi SOP…

Published

on

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perjuangan petugas barisan hadapan di Sabah dalam memerangi penularan COVID-19 sedang mencapai tempoh kritikal. Sehubungan itu, strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat masa ini adalah berdasarkan pengawasan komuniti, pengesanan kontak rapat, menguji, mengasingkan dan merawat individu yang dijangkiti.

Tambahan lagi, menurut ciapan di lama Twitter rasminya awal pagi tadi, pendekatan memperketatkan kawalan di sempadan negeri dan daerah di Sabah bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 daripada terus merebak. Sementara itu, rata-rata warganet menzahirkan rasa keprihatinan terhadap kesihatan Dr Noor Hisham dengan memintanya supaya jangan abaikan masa rehat.

COVID-19 Mula Menyerang Pusat Beli-Belah!

Dalam perkembangan lain, Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall antara pusat beli-belah terbaru yang turut terkena tempias daripada penularan wabak COVID-19. Kedua-dua pusat beli-belah tersebut melakukan proses pensanitasian selepas mengesahkan seorang pekerja penyewa outletnya, London Sales Cosmetics Sdn Bhd (LSC), didapati positif Covid-19. 

Bagaimanapun, pihak pengurusan TGM dan MVM turut memberi jaminan kepada pelanggan, penyewa serta pengunjung bahawa kesihatan dan keselamatan mereka adalah diutamakan.

Selain itu, pusat beli-belah Bangsar juga dilaporkan ditutup semalam bagi melakukan proses pensanitasian selepas salah seorang pekerja di situ disahkan positif COVID-19. Segala langkah keselamatan telah diambil dan orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa mengunjungi pusat beli-belah terbabit.

Angka terbaru jumlah kes COVID-19 dalam negara kita menurut laporan semalam juga dilihat kembali meningkat, dengan 561 jangkitan dilaporkan. Pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini mencecah 15,657 dengan 4,587 kes aktif.

Sementara itu, dua lagi kematian turut dilaporkan semalam menjadikan kumulatif kes kematian akibat pandemik COVID-19 di negara ini adalah 157 kes. Selain itu, Kementerian Kesihatan turut mengesan lima lagi kluster baharu iaitu tiga di Sabah dan masing-masing satu di Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Baca juga artikel menarik yang lain:

Covid-19: KKM tingkatkan kapasiti ujian saringan

Nafsu Gila! Seorang Lelaki Rogol Mayat Positif COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Berita Harian & Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement