Connect with us
Kool FM

Berita

Pusat Beli-Belah Bukan Punca Dan Tiada Potensi Sebar COVID-19

Dapatkan maklumat tepat dan jangan panik…

Published

on

Terdapat laporan terbaru yang agak merisaukan menyatakan berlakunya kes jangkitan COVID-19 di beberapa buah pusat beli-belah. Mereka di sosial media juga telah menyatakan kebimbangan tentang kes terbaharu yang muncul di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, semua pusat beli-belah itu bukanlah punca jangkitan mahupun berpotensi untuk menyebarkan virus COVID-19, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kenyataan itu dibuat selepas berlaku kebimbangan orang ramai terhadap pembersihan serta disinfeksi yang dijalankan di NuSentral Mall, KL Gateway Mall dan Sunway Pyramid Mall selepas pekerja mereka disahkan positif COVID-19.

Menurut KKM, sesuatu kawasan akan disahkan mempunyai kes jangkitan selepas siasatan terperinci dilakukan, dan mendapati kesemua pusat beli-belah bukan merupakan punca jangkitan. Bagaimanapun, penghargaan harus diberikan kepada pusat beli-belah yang terkesan kerana mengambil langkah proaktif yang mana ia sebahagian daripada kawalan dan pencegahan mengikut prosedur operasi standard (SOP) KKM.

Selain itu, orang ramai yang cakna dengan kes setempat serta menggunakan pelbagai fungsi yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera juga membantu wabak ini merebak dengan lebih teruk. Semoga orang ramai terus patuh kepada SOP yang ditetapkan dan sentiasa cakna dengan laporan semasa yang tepat. Selain itu, dinasihatkan juga untuk hanya berkongsi maklumat yang terbukti kesahihannya agar tidak menimbulkan panik dalam masyarakat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement