Connect with us
Kool FM

Berita

Perdana Menteri Orang Pertama Disuntik Vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bermula 26 Feb Ini

Suntikan fasa pertama akan disertai oleh ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri bersama-sama petugas barisan hadapan…

Published

on

Selepas hampir setahun kita bersatu melawan wabak COVID-19 yang melanda dunia, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi, vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Pfizer-BioNTech dijangka tiba ke negara kita pada 21 Feb ini. Ia boleh dikatakan sebagai berita gembira buat kita, terutamanya buat petugas barisan hadapan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyatakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bakal bermula pada 26 Februari ini akan disertai oleh  Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai penerima bagi fasa pertama. Beliau berkata, perkara itu dipersetujui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memandangkan Ahli Parlimen dan ADUN biasanya berdamping rapat dengan masyarakat di akar umbi.

“Oleh sebab bentuk kerja mereka begitu rupa maka, kita setuju Ahli Parlimen dan ADUN tak kira pihak mana, akan diberi vaksin dalam fasa pertama untuk mereka menjalankan tugas secara lebih berkesan dan selamat,” katanya.

Pada suntikan fasa pertama nanti, ia turut disertai oleh Perdana Menteri sendiri bersama-sama dengan petugas barisan hadapan. Menurut kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di Twitter, sejumlah 312,390 dos suntikan vaksin akan dibawa oleh penerbangan MASkargo ke KLIA. Ia kemudian akan disusun dan dihantar ke tempat penyimpanan vaksin yang ada di seluruh negara. 

Dengan jumlah dos suntikan vaksin yang bakal tiba itu, harap sejumlah besar petugas barisan hadapan dapat menerimanya bagi meningkatkan lagi langkah keselamatan terhadap penularan wabak ini. Jadi sebagai rakyat Malaysia, kalau anda layak untuk menerima vaksin ini, jangan takut pula ye daftar untuk terima suntikan vaksin ni walaupun ia tidak diwajibkan. Pendaftaran boleh dilakukan bermula bulan Mac ini.

Pada bulan Januari, Muhyiddin mengatakan bahawa hampir 27 juta atau lebih daripada 80% penduduk Malaysia dijangka akan diberi vaksin COVID-19 pada suku pertama tahun 2022. Tambahan lagi ia telah diumumkan akan diberi secara percuma buat rakyat Malaysia. Semoga usaha melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini dapat mengurangkan penularan wabak yang telah meragut banyak nyawa ini.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Kena Tuduh Langar SOP, Michael Ang Dakwa Orang Dalam Industri Sendiri Busuk Hati Sebar Fitnah?

Ini 5 Cara Untuk Orang Awam Daftar Bagi Dapatkan Vaksin Covid-19 Daripada Kerajaan

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement