Connect with us
Kool FM

Berita

Perak Zon Merah, Tiada Solat Jumaat Di Masjid

Dengan had ditetapkan kepada enam jemaah.

Published

on

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari telah mengeluarkan keputusan tiada solat Jumaat di masjid berikutan titah perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas mempertimbang sembah nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Sebaliknya digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing bagi kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah di negeri ini, susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula semalam.

Sumber: sh

“Solat berjemaah pada setiap solat fardu di zon merah boleh dilaksanakan di masjid serta surau dengan had ditetapkan kepada enam jemaah yang terdiri daripada pegawai masjid serta ahli jawatankuasa kariah (JK),” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, bagi solat Jumaat serta solat fardu di kawasan zon kuning, bilangan jemaah dihadkan kepada 23 orang Ahli Jumaat yang terdiri daripada pegawai masjid dan ahli JK.

Kemudian, bagi kawasan zon hijau pula, had ditetapkan kepada 40 jemaah bagi kedua-dua solat, dengan kelonggaran turut diberikan kepada ahli kariah. Jemaah lain hendaklah menggantikan solat Jumaat dengan solat Zohor di rumah masing-masing.

Sumber: cariangoogle

Shahrul Azam berkata, bagaimanapun, laungan azan pada setiap kali solat hendaklah diteruskan seperti biasa tanpa sebarang pindaan kalimah, namun hendaklah disusuli dengan pengumuman selepas azan bagi menyarankan ahli kariah mendirikan solat berjemaah bersama keluarga di rumah masing-masing.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Penemuan Masjid Tertua Di Malaysia

[GAMBAR] Suasana Masjidil Haram Kembali Di Buka Selepas Lebih 6 Bulan Tidak Beroperasi

 

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement