Connect with us
Kool FM

Berita

“No More Unnecessary Stress..” – Orang Ramai Lega UPSR Dimansuhkan

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah pun wujud sejak 33 tahun lamanya di Malaysia namun hari ini, kerajaan memutuskan supaya UPSR dimansuhkan secara terus.

Published

on

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah pun wujud sejak 33 tahun lamanya di Malaysia namun hari ini, kerajaan memutuskan supaya UPSR dimansuhkan secara terus. Hal ini terjadi susulan wabak penyakit Covid-19 yang banyak memberi kesan kepada semua sektor negara. Untuk makluman, peperiksaan awam itu telah pun dibatalkan tahun lalu akibat penularan wabak yang melanda dunia kini.

Menerusi laman Twitter rata-rata bersetuju dengan keputusan yang dilakukan. Ramai lega dengan berita pemansuhan ini kerana bagi mereka UPSR adalah satu peperiksaan yang tidak perlu dan ia hanya memberikan tekanan kepada pelajar sekolah rendah kerana masing-masing ‘diacuh’ untuk bersaing sesama sendiri bagi mendapatkan markah yang baik.

Baca juga: Tidak Wajar Periksa Kemaluan Pelajar Perempuan Untuk Kepastian Datang Haid

Ada juga yang berkata dengan pemansuhan UPSR ini, banyak perkara yang lain boleh difokuskan selain daripada bidang akademik sahaja. Contohnya, mungkin pihak sekolah boleh membangunkan sisi kretiviti para pelajar dan fokus kepada perkembangan karakter di usia muda.

Wargamaya berharap semoga keputusan untuk memansuhkan UPSR adalah keputusan yang tepat. Dalam pada masa yang sama, mereka juga berharap supaya perancangan yang teratur telahpun dibuat oleh Kementerian Pendidikan dari pelbagai segi sebelum mereka membuat keputusan penting ini.

Apa pun, kita doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar. Semoga keputusan ini membawa lebih banyak kebaikan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan tidak membantutkan pembelajaran mereka.

Baca juga: “Rogol Bukan Bahan Jenaka” – Orang Ramai Berang Isu Rogol Di Sekolah Diambil Ringan

Sumber: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement