Connect with us
Kool FM

Berita

“Mu Pergi Kerja, Jatuh Talak” – Peguam Ini Sekolahkan Lelaki Suka Lafaz Taklik Suka Hati

Jangan ikut suka lafaz Ta’liq!

Published

on

Lafaz cerai secara taklik adalah salah satu daripada jenis cerai dan taklik adalah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan taklik berkenaan.

Bagi mereka yang tidak tahu, taklik bermaksud menggantungkan perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan seperti kata suami kepada isterinya: “Sekiranya kau pergi ke tempat tertentu, maka kau tertalak.”

Kiraan Baki Talak Bagi Pasangan Cerai (T3) Yang Rujuk Semula | Iluminasi

Sumber: cariangoogle

Sekiranya berlaku perlanggaran pada syarat taklik, maka berlakulah perceraian.Malah, dalam syarak talak termasuk dalam perkara serius yang memberi kesan terhadap hukum perkahwinan. Jika dilanggar, pasangan suami isteri perlu ke mahkamah syariah untuk sahkan.

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita ini apabila mengajukan soalan pada salah seorang Peguam Mahkamah Syariah, Hasanah Johari tentang apakah dia perlu ke mahkamah syariah jika suaminya sudah menjatuhkan talak kepadanya pada sebelah pagi. Kemudian, pada sebelah malam pula, suaminya menarik semula taklik tersebut.

No photo description available.

Menurut Hasanah menerusi ciapan twitter akaun miliknya, Sabit Talak dengan Lafaz Ta’liq berlaku apabila perkara yang disyaratkan dan tidak boleh ditarik balik berdasarkan pandangan majoriti fuqaha.

“Lafaz ta’liq adalah sebahagian daripada konsep talaq. Maka, perbuatan bermain-main mahupun bergurau dengan lafaz talaq bukannya halangan untuk menidakkan jatuh talaq selagi pihak suami dalam keadaan  faham  (rusyd), baligh dan pilihannya sendiri.

Nabi SAW menegaskan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA: tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak). Riwayat Abu Daud (2194),” tulisnya panjang lebar.

Getting Muslim men to think twice about divorce, Singapore News & Top Stories - The Straits Times

Sumber: thestraitstimes

Jelas menunjukkan larangan tidak bermain-main dalam tiga perkara tersebut. Hal ini kerana akan dihukumkan sebagai maksud asal perkataan tanpa mengira niat untuk bergurau.

Bagaimanapun, pasangan suami  isteri perlu hadir ke mahkamah syariah  untuk mendapatkan pengesahan berkaitan lafaz talaq sama ada melibatkan lafaz talaq secara lansung  (التنجيز) atau secara tidak langsung  (التعليق ).

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Isteri Irwansyah Kerap Minta Cerai Dalam 10 Tahun Perkahwinan

Netizen Sebak Tonton Video Pernikahan Anak Gmie Screen

 

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement