Connect with us
Webinar Kool

Berita

Isu Lolos Dari Bangunan SPRM, Lelaki Ini Bongkar Taktik Macau Scam!

Dengarkan perbualan yang cukup jujur daripada salah seorang pekerja Macau Scam.

Published

on

Mutakhir ini semakin hangat media sosial dengan berita penangkapan ke atas tiga individu yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegiatan pengubahan wang haram didalangi sindiket penipuan Macau Scam dan judi dalam talian.

Menurut Harian Metro, lelaki bergelar Datuk Seri yang juga suspek utama sindiket pengubahan wang haram  berjaya melarikan daripada bangunan SPRM tempoh hari.

“Bagaimanapun, suspek difahamkan bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri. Polis yang ketika itu berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya

Susulan itu, kes ini menjadi persoalan dalam kalangan netizen. Bagaimana ‘kepala’ Macau Scam boleh terlepas dengan hanya memanjat pagar belakang banggunan?

Tidakkah di sana terdapat pengawal yang terlatih atau apa-apa senjata ringan untuk melumpuhkan suspek yang melarikan diri? Kronologi ini dirungkaikan satu persatu oleh salah seorang pengguna Facebook.

Tidak cukup dengan itu, dengarkan perbualan yang cukup jujur daripada salah seorang pekerja Macau Scam yang kebetulan kantoi melakukan kerja ‘busuk’ dengan seorang lelaki.

Perbualan ini dirakam sebelum ketua Macau Scam berjaya meloloskan diri lagi dan terbukti, jalan penceritaannya benar di mana ketua mereka berjaya keluar dari tangkapan SPRM kerana dikatakan mempunyai ‘orang dalam’ yang membantu ketua mereka melepaskan diri sekaligus membantu menjalankan operasi ini.

Apa pun, ini hanyalah daripada perkongsian di media sosial. Sama-samalah kita menunggu laporan sebenar daripada pihak berkuasa. Yang penting, hati-hatilah apabila kita menerima panggilan yang mencurigakan.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

10 Anggota Polis Terlibat Dengan Sindiket ‘Cuci Duit’ Macau Scam Ditahan SPRM

Macau Scam pandai cari mangsa berduit

 

 

Sumber: facebookharianmetro , twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement