Semasa
Lelaki 57 Tahun Sanggup Jalan Kaki Ratusan Kilometer Untuk Kempen #Walk4CancerKids
Semoga tiada kecelakaan yang berlaku sepanjang kebaikan pakcik ini lakukan.
Bulan Oktober lalu, Yakult Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sokongan Kanser kanak-Kanak PPUKM (CAKNE) menganjurkan Kempen Reben Emas CAKNE sempena bulan kesedaran kanser kanak-kanak.
Bulan ini pula, seorang lelaki, Mukhlis Ilyas mengambil keputusan untuk berjalan kaki sejauh ratusan kilometer demi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kanak-kanak yang menghidapi barah sekaligus untuk mengumpul dana untuk mereka.
Lelaki berusia 57 tahun ini kini sudah berada di Simpang Tenggaroh untuk menikmati sarapan pagi dan makan tengah hari.
Menerusi posting sejam yang lalu di laman akaun instagram miliknya, dia akan bertolak ke Mersing dari Gugusan Tenggaroh.
Dalam pada masa yang sama, dia turut kongsikan makanan sampingan yang dimakan iaitu kurma kering untuk melakukan perjalanan jauh tersebut.
Apa yang membuatkan dirinya bertekad untuk laksanakan kempen ini adalah kerana kakaknya, Kak Rubi adalah salah seorang pesakit kanser dan kehilangan tiga orang kakak juga akibat kanser beberapa tahun lepas.
Bagaimanapun setakat ini, dia berjaya mengutip dana sebanyak RM526.17 dan kepada mereka yang ingin menghulurkan sedikit dana, boleh terus ke instagram Mukhlis Ilyas dengan klik saja di sini.
Semoga tiada kecelakaan yang berlaku sepanjang kebaikan pakcik ini lakukan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Dulu Penghidap Kanser Germ Cell Tumor’, Kini Adik Ainul Kini Sudah Laju Berjalan
Tidak Sangka Suami Sihat Dan Tiada Simptom, Rupanya Ada Kanser, Al-Fatihah
Sumber: instagram