Connect with us
Kool FM

Berita

KJ Bidas Individu Lompat Giliran Terima Vaksin COVID-19, Minta Laporkan Kepadanya Terus Untuk Siasatan

Terdapat individu yang cuba lompat giliran terima vaksin COVID-19, KJ tegaskan keadilan dalam mendapatkan vaksin adalah penting…

Published

on

Baru memasuki minggu kedua pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, namun sudah timbul isu segelintir individu yang cuba lompat giliran terima vaksin COVID-19. Umum sedia maklum bahawa penerima pertama adalah kumpulan petugas barisan hadapan sebagai langkah mengurangkan risiko mereka terhadap virus COVID-19. Selain itu, Ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga menjadi sebahagian penerima pertama atas dasar tugas mereka yang perlu berjumpa dengan orang ramai.

Bagaimanapun, tular satu dakwaan menyatakan terdapat kelompok yang ingin memotong ‘barisan’ penerima vaksin COVID-19 walaupun tidak tergolongan sebagai barisan penerima pertama. Dakwaan tersebut dikongsikan oleh Dr. Rafidah Abdullah di Twitter, yang mana beliau menerima beberapa kiriman mesej menyatakan terdapat kelompok yang sudah mula memotong giliran. Menurutnya, pengagihan secara adil adalah perlu bagi memperkukuhkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini.

Beliau turut mencadangkan agar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, untuk mewujudkan saluran aduan yang bebas berhubung perkara ini bagi memastikan tiada individu yang lompat giliran. 

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, mesej yang diterima oleh Dr. Rafidah itu disangkal oleh pihak yang terlibat, dan mendakwa ianya tidak benar.

Namun, mengambil maklum isu terbabit, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menyatakan beliau pandang serius perkara ini. Dalam masa sama, beliau juga telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah agar tiada isu pemotongan queue

Menurutnya lagi, pasukannya telah memantau komen daripada pemberi maklumat di media sosial mengenai individu-individu lain yang lompat giliran terima vaksin COVID-19. 

“Saya kongsikan segera maklumat yang diterima kepada Dato’ Dr. Chong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, yang bersama saya dalam pasuka petugas untuk siasatan. Kami memandang serius tentang isu ini. Keadilan dalam mendapatkan vaksin adalah penting.” ujarnya menegaskan isu tersebut.

Jadi, dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini adalah untuk petugas barisan hadapan iaitu petugas kesihatan, anggota keselamatan dan individu yang bekerja setiap hari dengan individu berisiko. Kalau anda ternampak ada individu yang cuba ‘potong barisan,’ boleh laporkan secara terus kepada [email protected]

Baca juga artikel menarik lain:

“Vaksin Bukan Dajjal” – Khairy Jamaluddin Ajak Orang Ramai Sebar Maklumat Sahih Vaksin COVID-19

“Sedut Warna Biru, Suntik Warna Oren” – Doktor Ini Tampil Beri Penjelasan Prosedur Suntikan Vaksin

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement