Connect with us
Kool FM

Berita

Kesian! Bayi 4 Bulan Parah Selepas Dua Kali Dicampak Ibunya Dari Rumah Tingkat 5

Mungkah si ibu meroyan?

Published

on

Sedangkan kucing pun sayangkan anaknya. Namun, malang bagi bayi perempuan berusia empat bulan mengalami kecederaan parah selepas dicampak ibunya dari kediaman mereka di tingkat lima sebuah pangsapuri di Shijiazhuang, wilayah Hebei, China dan difahamkan, mangsa sebelum ini pernah dicampak dari tempat yang sama, sejurus selepas dia dilahirkan.

Kejadian pertama yang berlaku pada 30 November 2020, mangsa bernasib baik kerana sempat diselamatkan oleh jirannya. Mangsa yang telah dicampak keluar ibunya dan mujur kejadian itu disedari oleh seorang penghantar makanan yang dikenali sebagai Yang Yanfeng, terus segera menyelamatkan mangsa yang hanya memakai lampin.

Bayi tersebut mengalami kecederaan serius dikejarkan ke Hospital Ketiga di Universiti Perubatan Hebei. Bagaimanapun, bapa mangsa yang dikenali sebagai Zheng, menolak diberikan rawatan lalu membawa anaknya itu pulang ke rumah.

Selepas tujuh hari dibawa pulang, mangsa akhirnya dibawa ke Hospital Kanak-Kanak di Shijiazhuang dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor Huang Bo yang bertugas di ICU berkata, mangsa mengalami kecederaan otak, lebam dan mengalami pendarahan di paru-paru.

Menurut bapa mangsa, dia tidak berada di rumah ketika kejadian kali kedua itu berlaku dan hanya mengetahui kejadian yang pertama sahaja. Zheng berkata, dia telah memasang jaring keselamatan selepas kejadian pertama itu berlaku.

Sukarelawan sebelum itu juga ada mengunjungi bayi berkenaan setiap hari di rumah keluarga itu dan mendapati bayi itu hanya terbaring di katil. Mereka juga enggan menukar pakaian dan selimut anaknya. Mungkinkah si ibu mengalami kemurungan selepas bersalin?

Sejak kejadian 30 November itu, pegawai kebajikan masyarakat kerap datang melawat bayi itu dan berjaya membawanya ke hospital pada 2 dan 5 Disember. Tetapi Zheng tetap membawa anaknya pulang ke rumah.

Usaha demi usaha, akhirnya pihak berkuasa berjaya memujuk si ibu yang dikenali sebagai Wei untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan di hospital pada 4 Disember dan bayinya juga dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

Tular Video Ibu Campak Dua Anaknya Ke Sungai Hanya Kerana Dendam Terhadap Suami

‘Isteri Kelar 4 Anak Kerana Nampak Syaitan’ – Jangan Pandang Remeh Isu Meroyan

 

 

 

 

 

Sumber: Next Shark

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement